Norma Baharu: Baik Ke Buruk PdP Atas Talian Ini? – Manis Madu
Norma Baharu: Baik Ke Buruk PdP Atas Talian Ini?

Norma Baharu: Baik Ke Buruk PdP Atas Talian Ini?

Kelas atas talian ini baik ke buruk sebenarnya? Jom, Madu tolong Maduner faham tentang keburukan dan kebaikan PdP atas talian.

 

Seperti yang Madu tahu pada 27 Mei 2020, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020.

 

Bila Madu dapat tahu KPT buat kenyataan begini, ramai pihak menyambut baik saranan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPT. Namun, ada juga yang meminta supaya pihak yang berkenaan melakukan kajian semula.

Madu rasa setiap perkara ada kebaikan dan juga keburukan yang tersendiri bila menghadapi situasi di mana PdP perlu dilaksanakan dalam talian.

 

Jika sebelum pelaksanaan PKP, PdP dalam talian merupakan satu pilihan, namun sekarang ia adalah satu keperluan. Jika perkara ini tidak dimulakan sekarang, mungkin Malaysia akan ketinggalan sedikit ke belakang.

Kelemahan PdP Atas Talian

Pensyarah sendiri pun sebenarnya ada peranan penting dalam merealisasikan PdP atas talian ini, mereka pun kena tingkatkan kemahiran teknologi maklumat dan penilaian dalam talian. Kalau pensyarah sendiri pun tak arif dalam bidang teknologi, mungkin pada masa akan datang, boleh beri kesan kepada pelajar.

Tapi Madu harap Maduners yang cakna teknologi boleh bantu pensyarah mereka. Kalau tak mungkin kena tolak markah. Hehehehe.

 

Kalau kita nak sebut pasal akses internet, memang tidak dapat dinafikan, Malaysia bukan lagi berada di tahap yang maksimum kalau nak laksanakan PdP atas talian sepenuhnya.

 

Kalau ada dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan, tidak mempunyai laptop, telefon pintar atau capaian jaringan yang kurang memuaskan, mereka ini boleh ketinggalan dibuatnya.

Kebaikan PdP Atas Talian

Perkara pertama bila Madu fikir pasal kebaikan PdP atas talian ini adalah pelajar boleh belajar mengdisiplinkan diri sendiri. Belajar untuk lakukan persiapan awal dan bangun awal pagi! Terbaik!

 

Bangun, persiapkan diri depan komputer dan tunggu pensyarah  untuk mulakan kelas. Semudah itu sahaja.

 

Peranan pensyarah juga perlu dititikberatkan. Mereka perlu bijak menangani isu dengan berhemah dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan sepanjang proses PdP.

Kita doakan supaya kes pandemik COVID-19 di Malaysia terus berkurangan dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa melalui norma baharu dalam kehidupan seharian.

 

Madu doakan supaya Maduners yang bakal hadapi kelas online, supaya tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran sepanjang pembelajaran.

Post a Comment