Nostalgia! Antara Pokok Lejen Yang Pernah Jadi “Mainan” Kanak-Kanak Zaman Dahulu! – Manis Madu
Antara Pokok Lejen Yang Pernah Jadi “Mainan” Kanak-Kanak Zaman Dahulu

Nostalgia! Antara Pokok Lejen Yang Pernah Jadi “Mainan” Kanak-Kanak Zaman Dahulu!

Zaman kanak-kanak merupakan fasa yang sangat membahagiakan, terutama sekali kepada yang lahir pada tahun 90-an. Terlalu banyak sangat memori indah sampai Madu pun tak boleh nak list-kan semua.

 

Tapi korang ingat tak pokok-pokok yang selalu kita buat sebagai ‘mainan’ atau makanan masa dulu-dulu? Jumpa ajer pokok-pokok ni kat taman mesti rasa nak petik!

1. Pokok Semalu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tos Hiito (@toshiito.my.jp) on

Inilah dia pokok lejen yang confirm Maduners semua tahu. Madu ingat lagi, kalau nampak pokok semalu ini mesti wajib pegang supaya daunnya tertutup. Nama pun pokok semalu mestilah dia malu-malu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andreannea Lynn (@andreannealynn) on

Tak cukup dengan itu, kalau Maduners ingat pokok ini mempunyai bunga seakan-akan dandelion! Bila tiup ada rasa ala-ala dalam drama gituuu.

2. Bunga Raya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elis (@elis_rahardjo) on

Bunga Raya ini memang senang nak jumpa dekat mana-mana pun di Malaysia, jadi memang tak peliklah kalau ianya dijadikan sebagai ‘mainan’ bagi kanak-kanak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Khairuddin (@sawahpaddy) on

Siapa yang selalu main masak-masak mesti jadikan bunga dan daunnya sebagai salah satu bahan dalam masakan. Tak pun, gunakan bunga ini sebagai hiasan di telinga. Feeling beauty pageant sangat!

3. Pokok Pecah Periuk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristine🌷 (@tinegarden) on

Baru hari ini Madu tahu nama pokok ini adalah Pokok Pecah Periuk! Dalam bahasa Inggeris pula ianya dipanggil sebagai Ixora.

 

Pokok ini selalunya kita petik untuk dapat setitis air manis atau madu yang boleh didapati di dalam tangkai bunga itu. Rugi siapa yang tak pernah rasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Huzaini (@mohd.huzaini) on

Madu ingat lagi ang pokok ini memang popular digunakan untuk membuat gelang. Sambung-sambung jerr tangkai bunga ini nanti siap lah!

4. Kerukup Siam/Jamaican Cherry

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yena Arg (@yenaarg) on

Siapa ingat dekat buah ini? Rasanya manis-manis dan rupanya pula macam buah ceri tetapi lebih kecil saiznya. Letak ajer dalam mulut terus meletup!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by k8linlin (@k8linsgarden) on

Kalau korang nak tahu buah ini boleh dibuat sebagai jam dan daunnya pula boleh digunakan untuk membancuh teh. Teringin pula Madu nak cuba.

5. Stingking Passionflower

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nick Maitrechit (@nick_jub) on

Selain daripada Kerukup Siam tadi, pokok ini juga selalu dibuat sebagai snek tepi jalan oleh kanak-kanak zaman dulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by angel schatz (@forage.atx) on

Rasa dia masam-masam manis dan buahnya pula dilindungi oleh daun-daun yang berupa seperti bulu. Nampak macam bahaya nak makan tapi hakikatnya memang sedap.

 

Rindu pula Madu  zaman kanak-kanak dulu! Kalau korang terjumpa pokok ini teringat balik tak dekat memori-memori manis dulu? Tak kira lagi cinta monyet zaman dulu!

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment