Nostalgia Giler! 1001 Kegunaan Bedak Nyonya Kegemaran Orang Zaman Dahulu – Manis Madu
1001 Kegunaan Bedak Nyonya Kegemaran Orang Zaman Dahulu (1)

Nostalgia Giler! 1001 Kegunaan Bedak Nyonya Kegemaran Orang Zaman Dahulu

Sekali imbas tengok bedak nyonya ini, terus teringat nenek selalu pakai di kampung, kita pun menyibuk nak pakai sekali.

Semasa tweet berkaitan dengan bedak nyonya ini lalu timeline Twitter Yaya, terus unlock satu memori yang mengingatkan zaman kanak-kanak di kampung dahulu. Teringat dulu, selalu sangat kacau nenek nak bersiap. Kacau punya kacau, muka sendiri pun kena tempek dengan bedak nyonya ini juga, habis macam hantu dah putih gilerrr muka Yaya.

BEDAK-SEJUK-SAMFONG-SAMFONG-POWDER-768

Sumber Gambar: Shopee

Sedikit sebanyak tentang bedak nyonya ini, ia diasaskan pada tahun 1889, dan hangat di pasaran Malaysia selepas Perang Dunia Kedua menerusi syarikat Sam Fong (M) Sdn. Bhd.

 

Inilah sebabnya memang ramai orang-orang lama pakai bedak nyonya ini, murah pun murah. Satu bekas lebih kurang dalam RM2 sahaja. Sehingga hari ini pun masih dijual di kedai runcit dan juga pasar raya.

 

Bedak nyonya mempunyai dua jenis, iaitu yang putih dan pinkish. Boleh dikatakan dua shade yang berbeza. Pioneer of solekan, gitueee

 

Selalunya bedak ini digunakan untuk bedak muka semata-mata. Akan tetapi, ramai juga gunakan bedak nyonya ini untuk fungsi lain.

1. Bedak Sejuk

portrait-astonished-woman-with-round-surprised-eye-768

Apa itu bedak sejuk? Bedak sejuk boleh dikatakan facial mask versi tradisional. Memang ramai juga orang yang lebih gemar memakai bedak sejuk berbanding facial mask yang ada di pasaran kini.

asyurasuparman

Sumber Gambar: twitter.com

Kalau nak buat bedak sejuk sendiri, senang jer. Ambil sedikit bedak nyonya dan hancurkan sampai menjadi seakan-akan powder. Kemudian, tambahkan air suam. Dah siap! Ada yang cakap, kalau pakai bedak sejuk dengan kerap, ia boleh redakan muka breakout. Maduners pernah cuba?

2. Meredakan Kegatalan

Selalunya kalau badan gatal-gatal, mesti mak-mak selalu pesan suruh sapu bedak. Automatik rasa soothing, legend betul! Kalau Maduners nak tahu, bedak nyonya ini pun boleh digunakan untuk meredakan gatal badan.

3. Membersihkan Barang Kemas

wxldflxwer

Sumber Gambar: twitter.com

Yaya sendiri tak pasti kenapa, tapi ada juga yang share bahawa bedak nyonya ini boleh digunakan untuk mengilatkan dan membersihkan barang kemas.

xanalova

Sumber Gambar: twitter.com

Bukan calang-calang bedak nyonya ini, ada juga cawangan Lovisa yang gunakan ia untuk bersihkan barang kemas. Maduners boleh test kaedah ini di rumah!

4. Mencabut Bulu & Uban

Waktu zaman dahulu, siapa jer yang gunakan kaedah waxing untuk cabut bulu?  Kesemuanya manual! Kalau kita pluck bulu pakai tweezer pun selalunya lebih senang kalau sapukan apa-apa powder sebelum melakukannya. Lagi kuat grip, lagi senang nak cabut bulu. Betul tak?

5. Digunakan Untuk Solekan

Mattifying powder? Compact powder? Loose powder? You choose! Kesemuanya boleh digunakan dengan adanya bedak nyonya ini. Cuma Yaya nak warning, jangan pakai terlalu banyak sebab bedak nyonya ini agak tebal dan berpigmen, nanti tak sekata pula make-up.

Haa, banyakkan kegunaan bedak nyonya ini? Dari sini kita tahu, patutlah nenek dan mak-mak suka pakai bedak ini dulu. Banyak kegunaannya dan harganya juga mampu milik. Kepada Maduners yang belum pernah cuba untuk gunakan bedak nyonya ini, pergilah cuba! Manalah tahu ia berkesan untuk melegakan kulit dan lain-lain.

Post a Comment