Nyanyian Merdu Gadis India Tarik Perhatian Warganet, Ubah Lagu Suci Dalam Debu Versi Tamil – Manis Madu
Nyanyian Merdu Gadis India Tarik Perhatian Warganet, Ubah Lagu Suci Dalam Debu Versi Tamil

Nyanyian Merdu Gadis India Tarik Perhatian Warganet, Ubah Lagu Suci Dalam Debu Versi Tamil

Nyanyian merdu daripada seorang gadis India Muslim ternyata mendapat perhatian warganet di laman TikTok.

 

Menerusi akaun @shameeraofficial, gadis ini sering memuat naik video nyanyiannya di laman itu tetapi video nyanyian lagu Suci Dalam Debu versi Tamil mendapat ratusan ribu tontonan baru-baru ini.

@shameeraofficial you were dying for this, here you go. @hafizah_strx99 @mirahaniffa_ ♬ original sound – shameeramardiana

“Saya sebenarnya dah lama kongsi video nyanyian di TikTok, namun baru-baru ini video saya mula mendapat perhatian ramai.

 

“Saya terharu dan sangat hargai sokongan yang diterima, khususnya daripada orang Melayu. Sokongan mereka juga membuatkan saya rasa dihargai.

 

“Ia sangat bermakna buat saya. Rasa seperti bakat ini dihargai sekali gus memberikan semangat untuk saya terus menyanyi,” ujarnya.

Tamil song (1)

Bercerita soal video cover yang menerima pujian ramai iaitu lagu Suci Dalam Debu dendangan asal Allahyarham Saleem Iklim, Shameera berkata gubahan lirik lagu baharu versi Tamil itu dihasilkan oleh bapanya, Haniff Razak yang juga seorang komposer.

 

Selain berkongsi video nyanyian di media sosial, Shameera juga sering membuat persembahan bersama live band di acara tertentu.

Imbas gadis yang menetap di Pulau Pinang ini, minat itu sebenarnya sudah berputik sejak berusia lima tahun dan dia juga sering menyanyi setiap kali ada acara di sekolahnya.

 

“Saya mula menyanyi masa umur lima tahun. Selalu juga menyanyi di sekolah. Kemudian, saya juga ada buat persembahan dengan live band di Pulau Pinang.

 

“Kadang-kadang buat persembahan di restoran, majlis kahwin, majlis hari lahir dan sebagainya. Menyanyi pada saya bukan sekadar hobi tapi ia merupakan passion yang mengalir dalam jiwa,” tambahnya.

Post a Comment