Obses Dengan ‘Natural Beauty’, Ada Yang Sampai Tak Mahu Beri Suntikan Vaksin Kepada Anaknya! – Manis Madu
Ada Yang Sampai Tak Mahu Beri Suntikan Vaksin Kepada Anaknya

Obses Dengan ‘Natural Beauty’, Ada Yang Sampai Tak Mahu Beri Suntikan Vaksin Kepada Anaknya!

Tak sangka Madu pada tahun 2020 ini pun masih ada golongan anti-vaksin yang wujud! Demi mempertahankan ‘ideologi kesihatan’ mereka, risiko nyawa anak-anak digadaikan begitu sahaja.

 

Walaupun sudah berpuluh-puluh kempen dan nasihat tegas yang telah dikeluarkan oleh hospital atau doktor, isu ini memang takkan pernah terpadam kerana golongan ini teguh dengan pendirian mereka.

Baru-baru ini isu anti-vaksin di Twitter viral lagi dan ianya lebih rumit kerana melibatkan sepasang suami isteri. Cuba bayangkan Maduners kahwin dengan salah seorang mereka yang anti-vaksin, confirm banyak bertengkar kerana mempunyai pandangan yang sangat berlainan, betul tak?

 

Pengalaman ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki melalui kiriman mesej Fedtri Yahya, seorang personaliti televisyen Malaysia, di Twitter.

Wife saya seorang anti vaksin disebabkan terikut dengan natural beauty,”

 

Apa kaitan kecantikan semulajadi dengan vaksin? Maduners pun mesti pelik bukan.

 

Madu rasa mungkin wanita ini lebih gemar untuk mendapatkan rawatan tradisional dan bukannya rawatan moden yang sudah tentu melibatkan banyak ubat-ubatan kimia yang dianggap ‘membahayakan’ kesihatan.

Kata lelaki ini, anak pertama mereka telah selamat diberi suntikan vaksin kerana isterinya belum terpengaruh dengan ajaran-ajaran anti-vaksin ini. Pergaduhan ini bermula pada anak kedua mereka yang baru dilahirkan.

 

Sampai bergaduh kerana si suami tidak mahu berikan tanda tangan pada dokumen anti suntikan vaksin untuk anak keduanya. Tak cukup dengan itu, ramai juga netizen melepaskan rasa geram mereka terhadap anti-vaksin ini melalui ruangan komen Twitter:

Laman web daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan artikel tentang kewajipan mengambil suntikan vaksin:

Jadi tiada sebab untuk seseorang untuk tidak mengambil suntikan ini kerana mecegah adalah lebih baik daripada mengubati.

 

Apa pendapat Maduners tentang hal ini? Agaknya apa kena mengena di antara natural beauty dan tak mahu anak divaksin?

 

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment