Obses Warna Pink, Habis Seluruh Rumah ‘Dikerjakan’ Wanita Ini! – Manis Madu
Obses Warna Pink, Habis Seluruh Rumah Dikerjakan Wanita Ini

Obses Warna Pink, Habis Seluruh Rumah ‘Dikerjakan’ Wanita Ini!

Bila dah minat, tidak ada mustahil di dunia ini. Bukan sahaja sanggup berhabis masa, malah wang dan tenaga juga dengan rela hati dikorbankan demi minat! Betul tak?

 

Haa, begitulah kisahnya tentang seorang wanita dan pasangannya yang memiliki obsesi terhadap warna pink!

 

Menurut Daily Star, Maria Alison, 29, membeli rumah yang didiaminya pada tahun 2019 dan bertindak mengubah keseluruhan rumah dengan warna kegemarannya itu.

Maria Alison mengubah keseluruhan rumah dengan warna kegemaran

Obsesi berkenaan juga dikongsi bersama tunangnya, Aaron Mordey, 30, yang mana turut membeli motosikal dengan warna pink.

Obsesi berkenaan juga dikongsi bersama tunangnya, Aaron Mordey

“Ia perkara yang aneh. Saya seorang wanita yang kasar, saya suka kereta. Saya tak suka benda-benda yang menjadi minat kebanyakan wanita.

 

“Tapi tak tahu kenapa saya suka warna pink. Saya ada almari baju yang khusus untuk pakaian warna pink sahaja. Saya tidak memakainya setiap hari tetapi saya memiliki banyak baju berwarna pink,” katanya.

 

Menurut Maria, rumah itu sebelum ini dicat kelabu sebelum dia dan pasangan berpindah masuk sekitar dua tahun lalu. Dianggarkan sebanyak £10,000 (sekitar RM57,000) telah dihabiskan untuk melakukan transformasi berkenaan.

sebanyak £10,000 telah dihabiskan untuk melakukan transformasi berkenaan

“Saya tidak pernah membayar mana-mana pekerja untuk melakukan pengubahsuaian. Kami melakukannya sendiri dan belajar melalui YouTube,” ujarnya.

Sumber Gambar: dailystar.co.uk

Post a Comment