OctaFX Kini Dalam Senarai ‘Amaran’ Bank Negara Malaysia! – Manis Madu

OctaFX Kini Dalam Senarai ‘Amaran’ Bank Negara Malaysia!

Boleh dikatakan kerap kali juga kita melihat paparan iklan tentang syarikat pelaburan seperti OctaFX di media sosial meskipun ramai pihak mendakwa syarikat berkenaan mencurigakan dan tidak patuh syariah.

Tidak hanya itu, skim pelaburan seperti ini juga dipromosi oleh beberapa selebriti atau pempengaruh media sosial meskipun mendapat kecaman daripada warganet.

 

Namun, baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskini senarai amaran pengguna kewangan (Financial Consumer Alert List) di laman mereka dan OctaFX merupakan salah satu daripadanya.

Senarai berkenaan dibuat BNM untuk memastikan orang ramai tidak melabur di perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

 

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga ada menyenaraikan OctaFX di bawah senarai yang sama dan kali ini BNM juga mengambil langkah yang serupa. Ini berikutan terdapat beberapa pihak yang mempromosikan perkhidmatan tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang pengesahan atau kebenaran.

 

Susulan itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang program atau pelaburan yang tidak dibenarkan atau tidak mempunyai kelulusan di bawah undang-undang Malaysia.

Post a Comment