Olimpik: Atlet Perlu Henti Gigit Pingat Kerana Diperbuat Daripada Telefon Bimbit Kitar Semula – Manis Madu
Olimpik Atlet Perlu Henti Gigit Pingat Kerana Diperbuat Daripada Telefon Bimbit Kitar Semula

Olimpik: Atlet Perlu Henti Gigit Pingat Kerana Diperbuat Daripada Telefon Bimbit Kitar Semula

Jawatankuasa Olimpik menggesa atlet untuk berhenti menggigit pingat yang dibuat daripada telefon bimbit kitar semula.

Menurut Astro Awani, tindakan menggigit pingat emas selepas memenangi sesuatu acara adalah perkara yang tidak asing di podium Olimpik. Atlet yang menang, segar selepas mendengar lagu kebangsaan dan melihat bendera mereka dikibarkan tinggi, sepertinya tidak tahan untuk menggigit pingat emas mereka.

 

Kebiasaan itu menyebabkan ramai yang khuatir di media sosial, dan diingatkan oleh jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.

 

“Kami hanya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh dimakan,” menerusi akaun Twitter rasmi Tokyo 2020 Ahad lalu.

 

“Pingat kami dibuat daripada bahan yang dikitar semula daripada alat elektronik yang disumbangkan oleh masyarakat Jepun.

 

“Jadi, anda tidak perlu menggigitnya… tetapi kami tahu anda masih akan melakukannya.”

Antara atlet yang menggigit pingat mereka di Tokyo adalah Anastasija Zolotic dari AS, yang memenangi emas dalam Taekwondo 57kg; Ryan Murphy, setelah dia mendapat tempat pertama 100 meter kuak lentang; dan penerjun Great Britain, Tom Daley.

Post a Comment