Olimpik: Azreen Nabila Sudah Cuba Yang Terbaik, Gagal Mara Ke Pusingan Seterusnya – Manis Madu
Azreen Nabila Sudah Cuba Yang Terbaik, Gagal Mara Ke Pusingan Seterusnya

Olimpik: Azreen Nabila Sudah Cuba Yang Terbaik, Gagal Mara Ke Pusingan Seterusnya

Atlet olahraga Azreen Nabila Alias, menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh, sebentar tadi.

 

Menurut laporan, selepas berjaya merekodkan catatan peribadi terbaik 11.77 saat dalam sesi kelayakan di sebelah pagi, Azreen sekali lagi turun dalam pusingan pertama.

Azreen Nabila Alias menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11.91s

Turun dalam saringan keenam di lorong kedua bersama barisan pelari berpengalaman di pentas antarabangsa, atlet kelahiran Terengganu itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11.91s.

 

Wakil Nigeria, Blessing Okagbare, yang juga merupakan pelumba pilihan kelima, memenangi saringan dengan catatan masa 11.05s diikuti Asha Philip (Great Britain) dan Tynia Gaither (Bahamas).

Post a Comment