Olimpik: ‘BFF’ Catat Keputusan Seri, Minta Kepada Penganjur Untuk Kongsi Pingat Emas – Manis Madu
BFF Catat Keputusan Seri, Minta Kepada Penganjur Untuk Kongsi Pingat Emas

Olimpik: ‘BFF’ Catat Keputusan Seri, Minta Kepada Penganjur Untuk Kongsi Pingat Emas

Perjuangan bagi jaguh lompat tinggi negara iaitu Lee Hup Wei berakhir lebih awal apabila tersingkir sewaktu pusingan kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Dalam saingan itu, atlet tersebut tidak berjaya melepasi ketinggian 2.17 meter dalam ketiga-tiga percubaan.

 

Situasi menarik tentang sukan olahraga itu semalam, atlet Qatar, Mutaz Barshim serta atlet Itali, Gianmarco Tamberi mencatatkan keputusan seri apabila mereka berdua berjaya membuat lompatan setinggi 2.37 meter.

atlet Qatar, Mutaz Barshim serta atlet Itali, Gianmarco Tamberi mencatatkan keputusan seri

Sumber Gambar: Kisah Dunia

Menurut laporan, meskipun diberi pilihan untuk melakukan ‘jump off’ sebagai penentuan, namun mereka melompat kegembiraan apabila diumumkan boleh berkongsi pingat emas bersama-sama.

Ternyata, Barshim dan Tamberi telah bersahabat baik lebih sedekad yang lalu selepas menyertai kejohanan sama pada tahun 2010. Tamberi juga dilaporkan turut hadir di majlis perkahwinan Barshim pada tahun 2018.

atlet Itali, Gianmarco Tamberi

Sumber Gambar: Kisah Dunia

Kejayaan meraih pingat emas berkenaan ternyata sungguh bermakna terutama kepada Tamberi memandangkan pernah mengalami kecederaan buku lali sebelum kejohanan Olimpik Rio 2016 malah turut diramal tidak dapat bertanding lagi dalam sukan tersebut.

Sumber: cbc.ca

Post a Comment