Padah Ikut Kawan Beli Contact Lens Murah, Mata Jadi Bengkak Dan Gatal Teruk – Manis Madu
Padah Ikut Kawan Beli Contact Lens Murah

Padah Ikut Kawan Beli Contact Lens Murah, Mata Jadi Bengkak Dan Gatal Teruk

Penggunaan contact lens sebagai pengganti kaca mata sememangnya sangat digemari para wanita. Malah terdapat wanita yang tidak mempunyai masalah mata juga memakai contact lens berwarna untuk kelihatan lebih cantik.

 

Namun, tak ramai wanita yang cakna tentang pemilihan serta penjagaannya sehingga ia memudaratkan mata sendiri.

 

Menerusi sebuah video di TikTok yang dikongsikan seorang gadis bernama Fazieha tentang matanya akibat pemakaian contact lens

 

Menurut gadis tersebut, matanya menjadi sangat gatal serta mula bengkak. Situasi itu berlarutan sehingga tiga hari berturut-turut lalu memaksa dia melakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor.

missfazfazzy akibat pemakaian contact lens

Selepas pemeriksaan tersebut, ia ternyata berpunca daripada pemakaian contact lens yang tidak berkualiti.

@missfazfazzyPerempuan yang selalu pakai contact lens!!! Pleass tengok 😱😱😭😭 #contactlens #info #tiktokguru♬ bunyi asal – Faz Fazieha

Fazieha mengakui ada membeli contact lens tidak berjenama dengan harga yang sangat murah iaitu sebanyak RM19 sahaja! Gadis tersebut meluahkan rasa kesal kerana termakan ajakan temannya untuk mencuba contact lens tersebut dan berjanji tidak akan menggunakan produk sedemikian lagi.

Sumber Featured Image: TikTok 

Post a Comment