Pakai Sunscreen Punca Kanser Kulit Meningkat? Ramai Tak Puas Hati Kenyataan Lelaki Ini! – Manis Madu
Pakai Sunscreen Punca Kanser Kulit Meningkat_ Ramai Tak Puas Hati Kenyataan Lelaki Ini!

Pakai Sunscreen Punca Kanser Kulit Meningkat? Ramai Tak Puas Hati Kenyataan Lelaki Ini!

Isu-isu yang menjadi perbincangan atau perdebatan di Twitter semestinya hangat dan panas!

 

Sehari dua ini kecoh pula tentang satu kenyataan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Haziq yang mengatakan krim pelindung matahari (sunscreen) tidak perlu dipakai.

Dia menjawab kepada satu pertanyaan pemuda lain berkenaan re-apply sunscreen perlu dilakukan selepas berapa jam.

 

Jawapan balas tersebut mengundang kecaman warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

 

You’re young. Jangan rosakkan muka dengan sunscreen. Kita orang Asia Tenggara dikurniakan sunscreen semulajadi. Melanin namanya,”

 

Haziq juga turut meletakkan ‘fakta ringkas’ yang mengatakan peningkatan penyakit kanser kulit di dunia adalah kerana penggunaan sunscreen.

 

Selain itu, Haziq juga menyertakan pautan beberapa kajian serta pengalamannya sendiri yang katanya mengalami breakout gara-gara memakai sunscreen.

 

“Bang tolong la jangan tulis bukan-bukan. Cukup generasi mak mak kita muka berjeragat dan banyak masalah kulit sebab tak tahu pentingnya sunscreen. You tak nak pakai sunscreen dan tak percaya, keep the ignorance by yourself only,” komen salah seorang netizen.

 

Hmm, setahu Anis berdasarkan nasihat daripada pakar kulit memang mewajibkan penggunaan sunscreen walaupun berada dalam rumah. Maduners rasa macam mana?

Post a Comment