Pakar Catur Saman Netflix RM20.95 Juta – Manis Madu
Pakar Catur Saman Netflix RM20.95 Juta

Pakar Catur Saman Netflix RM20.95 Juta

Syarikat penstriman terkenal, Netflix bakal berdepan saman fitnah AS$5 juta (RM20.95 juta) daripada pakar catur Georgia yang mendakwa difitnah dalam siri hit The Queen’s Gambit.

 

Nona Gaprindashvili, wanita pertama dinamakan grandmaster catur mengemukakan saman itu di mahkamah persekutuan September lalu, menurut The Guardian.

Nona Gaprindashvili

Mahkamah di California pada Khamis, menolak permohonan Netflix membatalkan saman itu.

 

Gaprindashvili, 80, mendakwa ada ayat dilontarkan dalam The Queen’s Gambit yang mana watak siri itu dengan salahnya menyebut dia tidak ‘pernah melawan lelaki’ bunyinya ‘sangat seksis dan merendah-rendahkan.’

Wanita itu berkata, pernah menentang 59 pesaing lelaki pada 1968, tahun yang siri itu ketengahkan.

 

Ganti rugi dituntut sebagaimana dinyatakan dalam saman sebagai ‘kepalsuan yang memusnahkan, menjejaskan dan merendahkan pencapaiannya di hadapan jutaan penonton.’

 

Netflix sebelum itu memohon saman terbabit ditolak dengan alasan siri berkenaan fiksyen dan pencipta rancangan harus mempunyai lesen artistik dilindungi di bawah pindaan pertama.

 

Syarikat itu mendakwa siri terbabit menggunakan khidmat dua pakar catur untuk mengesahkan fakta, dengan rujukan kepada Gaprindashvili bertujuan ‘mengiktirafnya, bukan memperlekehkannya’, menurut peguam Netflix.

Post a Comment