Palak Paneer, Resipi Masakan Vegetarian Kaum India! – Manis Madu
Palak Paneer, Resipi Masakan Vegetarian Kaum India!

Palak Paneer, Resipi Masakan Vegetarian Kaum India!

Masakan India merupakan antara hidangan yang popular di serata dunia. Di mana-mana negara juga, masakan India begitu terkenal dan kebanyakannya diperkenalkan melalui filem Bollywood!

mario-raj-vsnAIYA9bms-unsplash (1)

Hari ini Madu nak kongsikan satu resipi masakan vegetarian kaum India. Resipi ini mudah dibuat dan nampak menyelerakan. Jom kita buat!

kanwardeep-kaur-jTv_cWxEtFs-unsplash (1)

Bahan-bahan:

  • Bayam (baby spinach)
  • Paneer (Indian cheese)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Tomato segar atau puree
  • Ghee atau minyak sayuran
  • ½ tsp biji jintan manis
  • ½ tsp serbuk biji jintan manis
  • ½ tbsp serbuk ketumbar
  • ½ tsp garam masala
  • 2 tbsp sour cream/heavy cream/butter
  • 1 cawan susu segar
palak 2 (1)

Cara penyediaan:

  1. Sebelum mula memasak, Maduners perlu kukus bayam terlebih dahulu. Semasa mengukus, masukkan sedikit gula untuk mengekalkan warna hijau bayam.
  2. Jika bayam sudah lembut, kisar bayam hingga halus bersama sedikit garam. Ketepikan seketika.
  3. Untuk mula menumis, korang perlu masukkan ghee atau minyak sayuran dan tunggu sehingga panas.
  4. Mulakan dengan menumis dua batang cili padi. Kemudian diteruskan dengan memasukkan biji jintan manis. Gaul rata.
  5. Setelah itu, masukkan bawang merah yang telah dicincang. Tunggu selama 3 minit, kemudian masukkan pula bawang putih.
  6. Bila tengok bawang dah makin keperangan, masukkan paneer yang telah dipotong dadu ke dalam kuali dan gaul dengan sedikit garam.
  7. Langkah seterusnya, masukkan tomato puree (jika gunakan tomato segar, kisar terlebih dahulu). Masak sampai sedikit kering.
  8. Kemudian, masukkan 1 cawan susu segar. Gaul rata.
  9. Bila bahan-bahan tadi dah sebati, masukkan pula ½ tbsp serbuk ketumbar, diikuti dengan ½ tsp serbuk jintan manis ke dalamnya.
  10. Maduners gaul hingga sebati dan boleh masukkan bayam yang dah dikisar tadi. Gaul sebati.
  11. Perasakan dengan garam masala dan akhir sekali masukkan sour cream/heavy cream/butter dalam masakan.
  12. Tunggu hingga mendidih dan siap untuk dihidang!

Bagi Madu, masakan ini tidak terlalu rumit untuk dibuat tetapi Maduners harus bijak seimbangkan setiap bahan agar rasanya tidak ‘over power’. Terutama sekali penggunaan rempah-rempah yang mempunyai rasa yang kuat.

 

Kalau Maduners kurang faham tentang cara penyediaan atau bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini, boleh rujuk video di bawah. Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment