Pamela Uba, Wanita Kulit Hitam Pertama Sandang Gelaran Miss Ireland!
Seorang ahli sains mencipta sejarah apabila menjadi wanita kulit hitam pertama dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik Miss Ireland, lapor Sky News semalam.
View this post on Instagram
Pamela Uba, 26, menyandang gelaran tersebut dan tiara emas dalam pertandingan pada 5 September lalu di Cavan sekaligus mencatat sejarah dalam pertandingan ratu cantik itu yang diadakan sejak tahun 1947.
“Kemenangan ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada saya. Saya teruja kerana dapat menunjukkan kepada wanita di luar sana bahawa warna kulit bukan penghalang kejayaan anda,” katanya.
View this post on Instagram
Pamela merupakan seorang peragawati dan penuntut jurusan sains perubatan sebelum bergelar ratu cantik. Dia berpindah ke Ireland bersama keluarganya dari Johannesburg, Afrika Selatan ketika berusia 7 tahun untuk mencari kehidupan baharu.
Pamela akan mewakili Ireland pada pertandingan ratu cantik Miss World ke-70 di Puerto Rico Disember depan.
Wanita jelita itu merancang untuk menggunakan gelaran dan kedudukannya untuk menampilkan gambaran Ireland yang lebih pelbagai kepada dunia.Â
“Saya berdepan isu perkauman dan sangat menyedihkan apabila mendengar orang ramai menyuruh saya pulang ke negara asal apabila saya bekerja keras untuk menjadikan Ireland sebagai rumah saya,” katanya.