Pandemik Tak Halang Festival ‘Mud People’ Di Filipina – Manis Madu
Pandemik Tak Halang Festival ‘Mud People’ Di Filipina

Pandemik Tak Halang Festival ‘Mud People’ Di Filipina

Penduduk tempatan di sebuah bandar kecil Biblicat, Filipina tidak menjadikan COVID-19 sebagai halangan untuk menjalankan adat nenek moyang mereka. 

 

Pada setiap tahun, mereka akan menutupi tubuh mereka dengan lumpur dan daun pisang kerana itu adalah sebahagian daripada upacara yang terdapat dalam Festival Taong Putik ataupun Mud People.

Festival Taong Putik ataupun Mud People 01

Festival yang diadakan pada setiap 24 Jun itu adalah sebagai tanda untuk menghormati gereja mereka, John The Baptist dan pada hari tersebut mereka akan berdoa untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

 

Memakai lumpur dan daun pisang adalah sebuah cara untuk menunjukkan bahawa mereka mencontohi segala ajaran yang telah diberikan oleh paderi mereka.

Festival Taong Putik ataupun Mud People 02

Seorang rakyat tempatan yang telah mengamalkan upacara tersebut lebih kurang 56 tahun berkata sejak beliau turut serta dalam upacara tersebut, tubuhnya kurang mengalami masalah kesihatan yang teruk.

 

“Saya mula melakukan ini sejak tahun 1965 apabila saya jatuh sakit semasa muda.

 

“Sejak saya melakukan Taong Putik sebagai tanda saya bertaubat, saya langsung tidak ada sebarang masalah kesihatan”, katanya kepada wartawan.

 

Oleh kerana pandemik Covid-19 masih tidak reda, mereka hanya melakukan upacara tersebut secara sederhana tanpa pengunjung yang ramai.

 

Mereka hanya berdiri di hadapan rumah dan kemudian paderi akan pergi dari rumah ke rumah untuk merahmati warga penduduk dengan Air Suci.

Post a Comment