Panik Dengan Sunburn Setelah Berjemur, Ini Dia Tips Mudah Merawat Sunburn – Manis Madu
Panik Dengan Sunburn Setelah Berjemur, Ini Dia Tips Mudah Merawat Sunburn

Panik Dengan Sunburn Setelah Berjemur, Ini Dia Tips Mudah Merawat Sunburn

Seronok berjemur atau mandi di pantai sampai sunburn? Madu nak kongsi tips merawat selaran matahari.

Selaran matahari ini memang mudah terjadi apabila kita menghabiskan masa di bawah sinaran matahari. Sama ada mandi di pantai, bersukan atau melakukan aktiviti riadah yang lain.

Tapi tak perlu panik! Kali ini Madu akan kongsikan beberapa cara untuk meredakan sunburn. Yalah, Madu pun tahu rasa pedih kalau kena sunburn.

1. Mandi menggunakan air sejuk.

Air sejuk mampu melegakan kulit setelah kulit sunburn. Setelah mandi, lapkan badan dengan lembut supaya tidak menjejaskan kulit.

2. Gunakan pelembap seperti aloe vera.

aloe vera

Sejak zaman Madu sekolah lagi, memang ramai orang cadangkan untuk menggunakan pelembap yang mengandungi aloe vera untuk meredakan sunburn. Madu syorkan cara ini kerana kulit akan rasa sejuk dan selesa.

3. Lindungi diri daripada sinaran matahari dan pakai sunblock!

Banana-Boat-Ultra-Protect-Sunscreen-Lotion-SPF-80

Sumber Gambar: makeupandbeauty.com

Kalau kulit dah sunburn, cubalah untuk tidak meneruskan aktiviti berjemur untuk merehatkan kulit. Jangan lupa untuk memakai sunblock juga!

 

Kalau masih keliru nak pilih sunblock, cuba baca artikel ini > https://manismadu.com.my/sinaran-uv-lindungi-kulit-dengan-5-pilihan-sunblock-ini/ .

4. Minum air dalam kuantiti yang banyak.

Percayalah, apabila minum air dengan banyak, badan kita akan lebih terhidrat. Banyak perbezaan ketara yang Maduners akan alami jika cuba cara ini!

5. Mengambil ubat-ubatan tambahan.

Menurut American Academy of Dermatology, Maduners boleh mengambil ubat aspirin atau tablet ibuprofen untuk mengurangkan ketidakselesaan, kesan bengkak ataupun kemerah-merahan akibat sunburn.

Haa, inilah antara penyelesaian terbaik untuk tangani sunburn! Jangan lupa yang kulit ini aset kita. Jadi, jagalah dengan sebaiknya.

Post a Comment