Pantang Larang Yang Mengejutkan! Tolong Ikut Pantang Larang Ini Bila Bercuti Di Jepun! – Manis Madu
Pantang Larang Bila Bercuti Di Jepun

Pantang Larang Yang Mengejutkan! Tolong Ikut Pantang Larang Ini Bila Bercuti Di Jepun!

Negara Jepun merupakan antara negara yang sangat sinonim dengan kemajuan baik dari segi teknologi, ekonomi dan sebagainya. Namun, apa yang unik tentang Jepun adalah mereka masih mengekalkan budaya dan tradisi lama negara mereka.

japan-pagoda-fuji-volcano

Untuk pengetahuan Maduners, di Jepun terdapat beberapa perkara yang tidak boleh korang buat atau tidak sepatutnya dilakukan kerana ia melibatkan kebudayaan, norma kehidupan dan menyentuh sensitiviti masyarakat di sana.

 

Haa jom tengok 10 perkara yang korang tak boleh buat jika berada di Jepun.

#1 Jangan Beri Tip

tip

Jangan beri tip jika anda melakukan sebarang urusan di sana. Contohnya jangan beri tip kepada pelayan restoran, pekerja di hotel, penjaga parking dan lain-lain. Ingat ya, jangan sesekali beri tip atau upah kerana perkara itu dianggap sebagai sebuah bentuk hinaan kepada mereka.

#2 Sorok Tattoo

Haa! Jika korang memiliki tattoo dan bakal berkunjung ke Jepun, korang perlu sorokkan tatoo tersebut. Lazimnya tattoo dibuat kerana melambangkan sesuatu peristiwa bermakna dalam hidup seseorang atau lambang kesukaan namun lain ceritanya di Jepun.

tattoo

Tatoo di sana dikaitkan dengan kumpulan gangster atau samseng. Bahkan terdapat beberapa peniaga yang terus mengharamkan mereka yang memiliki tatoo memasuki premis mereka.

#3 Jangan Beri Duit Terus Ke Tangan Juruwang

Memberi wang secara terus kepada juruwang boleh dikira perbuatan yang tidak hormat. Dah itu macam mana nak bayar?

japanese-money-tray-closed-change

Sumber Gambar: www.japantrendshop.com

Korang hanya perlu letakkan wang pada tray yang disediakan. Ini juga untuk mengelakkan daripada duit syiling jatuh atau berterabur ketika bertukar tangan.

#4 Restoran Untuk Orang Jepun Sahaja

Japan-random-restaurant

Jangan terkejut kerana di sana terdapat restoran yang tidak membenarkan pelancong asing masuk ke premis mereka. Akan ada premis yang bila masuk, korang akan tahu bahawa pekerja di tempat itu tidak mengizinkan kedatangan korang. Ini adalah kerana di sana terdapat restoran yang dikhususkan untuk rakyat Jepun sahaja.

 

Dengar macam rasis teruk kan? Tapi kita sebagai pelancong perlulah menghormati budaya dan cara mereka, okay?

#5 Dilarang Bercakap Dalam Kereta Api

kereta-api-Tokyo-Japan-train

Perkara ini adalah perkara yang sangat sensitif bagi masyarakat di Jepun. Mereka sangat sensitif dengan bunyi! Kalau nak berbual melalui telefon juga akan mengundang pandangan orang sekeliling terhadap korang. Minimakan kekuatan suara anda jika berada dalam kereta api!

#6 Penggunaan Chopstick

penggunaan-chopstick-using-chopstick-to-eat-noodle

Boleh dikatakan 90% makanan yang dihidangkan di Jepun didatangkan bersama chopstick dan korang sangat perlu menjaga etika sepanjang menggunakannya. Antaranya jangan gunakan chopstick untuk menunjukkan kepada sesuatu perkara atau tempat kerana ia dianggap sebagai kurang hormat atau kurang sopan.

#7 Dilarang Pakai Kasut Dalam Rumah

Bagi pantang larang yang satu ini mungkin tidak asing bagi kita di Malaysia. Di Jepun juga budaya ini diamalkan tetapi ada sedikit penambahan.

dilarang-pakai-kasut-dalam-rumah-di-Japan

Sumber Gambar: Pinterest

Mereka akan menyediakan kasut khusus bagi kegunaan dalam rumah dan selepas menanggalkan kasut yang dipakai diluar, korang wajib sarung kasut yang telah disediakan.

#8 Makan Sushi Dengan Cara Yang Betul

Sushi-plate-with-chopsticks-and-soya-souce

Makan sushi di Malaysia memang korang boleh ngap macam itu jerr tapi jangan harap dapat buat begitu di Jepun. Antara etika yang perlu diamalkan jika makan sushi di sana adalah jangan order sushi dalam kuantiti yang banyak dan terbalikkan sushi di bahagian atas untuk dip dalam sos pencecah, bukan dip bahagian nasi agar rasanya tidak berubah.

#9 Penggunaan Kad

card

Di Jepun, rata-rata transaksi dilakukan secara tunai dan mereka memilih untuk kurang menggalakkan penggunaan kad dalam urus niaga. Tapi korang jangan risau, banyak jerr mesin ATM untuk korang keluarkan duit jika memerlukan.

#10 Penerimaan Kad Bisnes

Kad-Bisnes

Jika ada individu hulurkan business card pada korang, cara korang terima kad tersebut perlulah dengan menggunakan dua belah tangan dan sekurang-kurangnya belek terlebih dahulu kad tersebut sebelum menyimpannya. Adalah sangat biadap jika korang ambil kad dan terus menyimpannya.

 

Setiap negara ada budaya dan etika tertentu diamalkan. Sebagai pelancong adalah lebih baik jika korang ikut cara di negara tersebut dan elakkan perkara yang tidak boleh dilakukan di sana.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment