Park Seo-Joon Dilaporkan Bakal Membintangi Sekuel Captain Marvel? – Manis Madu
Park Seo-Joon Dilaporkan Bakal Membintangi Sekuel Captain Marvel

Park Seo-Joon Dilaporkan Bakal Membintangi Sekuel Captain Marvel?

Selebriti terkenal Korea, Park Seo-Joon dilaporkan berkemungkinan bergabung dengan Marvel Cinematic Universe.

 

Menurut Soompi, sumber menyatakan bahawa Park Seo Joon akan membintangi The Marvels, yang merupakan sekuel dari blockbuster Captain Marvel 2019.

 

The Marvels, yang dibintangi aktres, Brie Larson, dijadualkan akan ditayangkan pada 11 November 2022 di Amerika Syarikat dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Brie Larson (@brielarson)

Portal lain juga melaporkan, pelakon Itaewon Class itu akan terbang ke Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun 2021 untuk memulakan penggambaran filem Marvel.

 

Park, yang melakukan cameo dalam filem terbaik Oscar, Parasite, ketika ini sedang dalam penggambaran filem, Concrete Utopia, yang dibintangi oleh Lee Byung-hun dan Park Bo-young.

 

Ketika diminta untuk mengesahkan berita tersebut, Soompi melaporkan bahawa agensi Park Awesome ENT hanya membalas “no comment”.

 

The Marvels mengesahkan Larson akan meneruskan watak sebagai Kapten Marvel. Manakala pelakon lain yang disahkan untuk filem yang akan diarahkan oleh Nia DeCosta adalah Teyonah Paris dan Iman Vellani masing-masing sebagai Monica Rambeau dan Kamala Khan.

Post a Comment