Pasangan Ini Belanjakan RM87,658 Sajikan Ayam KFC Kepada Tetamu Di Majlis Perkahwinan – Manis Madu
Pasangan Ini Belanjakan RM87,658 Sajikan Ayam KFC Kepada Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Pasangan Ini Belanjakan RM87,658 Sajikan Ayam KFC Kepada Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Sepasang suami isteri yang juga  penggemar menu makanan segera,  Kentucky Fried Chicken (KFC), membelanjakan wang sebanyak  £15,000 (RM87,658) bagi membeli hidangan Bargain Buckets KFC untuk dijamu kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Birmingham Live semalam.

 

Elliot dan Jessica Caswell-James memberitahu, mereka berkongsi satu menu ayam goreng tersebut semasa janji temu pertama 12 tahun lalu.

 

Semenjak itu, pasangan tersebut akan makan KFC pada setiap minggu.

 

Bagi meraikan hari bahagia mereka, pasangan tersebut memberikan bakul berisi juadah KFC yang ditempah khas bersama barangan cenderahati lain kepada semua tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka tahun lalu.

pasangan memberikan juadah KFC ya

Jessica juga mendedahkan bahawa semasa mengandungkan anak perempuan mereka, Eva, dia mengidam untuk makan KFC.

 

“Semasa hamil, saya sangat mengidam untuk makan kepak pedas KFC bersama sos selepas memastikan ia benar-benar selamat untuk dimakan ibu hamil,” kata Jessica.

 

Menurut Birmingham Mail, mereka yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama menang satu pertandingan anjuran KFC dan dinobatkan sebagai peminat KFC paling setia di Britain oleh rangkaian restoran makanan segera popular itu.

Elliot dan Jessica Caswell-James membeli hidangan Bargain Buckets KFC kepada tetamu majlis perkahwinan

Pasangan tersebut yang berasal dari Tipton, di Birmingham, menerima hadiah berupa lawatan ke cawangan KFC pertama yang terletak di Kentucky, Amerika Syarikat.

 

“Saya sangat teruja apabila menerima e-mel daripada KFC yang menyatakan bahawa kami menang pertandingan itu.

 

“Saya rasa ia sangat lengkap. Kami makan KFC semasa hari perkahwinan dan teruja untuk melawat restoran KFC pertama di dunia, belajar tentang sejarahnya dan mengambil gambar,” kata Jessica.

Sumber Gambar: Birmingham Mail

Post a Comment