Pasangan Perlu Nikah Semula, Rupanya Perkahwinan 30 Tahun Selama Ini Tak Sah! – Manis Madu
Pasangan Perlu Nikah Semula, Rupanya Perkahwinan 30 Tahun Selama Ini Tak Sah!

Pasangan Perlu Nikah Semula, Rupanya Perkahwinan 30 Tahun Selama Ini Tak Sah!

Untuk mendirikan rumah tangga, pasti ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi bagi mengesahkan pasangan menjadi suami isteri yang sah di sisi hukum dan undang-undang.

 

Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi akaun @tokadi_hipster ada memuat naik kisah sepasang suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun tetapi pada akhirnya mendapat tahu perkahwinan mereka tidak sah!

@tokadi_hipsterSelama 30 tahun bernikah & mendirikan rumahtangga, harini terpaksa dibubarkan.♬ Astaghfirullah (Istighfar) – Opick

“Kami nak minta pandangan ustaz. Macam ni, mak ayah saya nikah April 1976. Saya lahir Julai 1976. 3 bulan saja mereka nikah, saya lahir. Ogos 1991, saya pula nikah berwalikan bapa,” ujar si isteri.

 

Lelaki bergelar ustaz itu terkejut dan mendakwa pernikahan tersebut tidak sah.

 

“Ikut perkiraan tu bapa tidak boleh mewalikan pernikahan puan. Sekarang ni puan perlu ke mahkamah untuk bubarkan pernikahan. Kemudian mohon semula pernikahan menggunakan wali hakim,” balas ustaz itu.

 

Pasangan tersebut sangat terkejut kerana ternyata pernikahan mereka yang berusia 30 tahun selama ini ternyata tidak sah dan mereka perlu membubarkan pernikahan sebelum boleh bernikah semula.

 

Menurut si suami pula, mereka baru sahaja tahu tentang perkara itu sehari sebelumnya. Itu pun kerana nak pergi umrah.

 

“Patut la rumah kami ‘panas’ je ustaz. Ada benda tak betul rupanya. Habis selama 30 tahun kami nikah, macam mana ustaz? Anak-anak kami macam mana? Ya Allah, berdosanya rasa,” tambahnya.

 

Di akhir video itu, ustaz tersebut menjelaskan agar mereka selesaikan urusan nikah semula terlebih dahulu, kemudian baru uruskan nasab anak-anak.

 

Nampak macam simple bab syarat pernikahan tapi kalau tak dituruti, boleh memberi impak besar di masa akan datang! Pengajaran untuk kita semua.

Post a Comment