Patut Mak-Mak Marah Kalau Hilang, Bencana Banjir Buktikan Kualiti Jenama Tupperware! – Manis Madu
Patut Mak-Mak Marah Kalau Hilang, Bencana Banjir Buktikan Kualiti Jenama Tupperware!

Patut Mak-Mak Marah Kalau Hilang, Bencana Banjir Buktikan Kualiti Jenama Tupperware!

Sekarang baru faham kenapa mak-mak mengamuk sakan dan naik angin kalau bekas Tupperware mereka hilang atau rosak, rupanya banyak kelebihan jenama ini yang ramai tak tahu!

 

Baru-baru ini tular di media sosial apabila ramai orang mula berkongsi kandungan dalam bekas Tupperware mereka tidak terjejas sama sekali akibat banjir.

 

Lebih menarik bila mereka buka untuk lihat isi di dalamnya, memang langsung tak rosak atau dimasuki air. Malah masih digunakan kerana masih elok seperti sebelum banjir. Wow!

 

Sebelum ini rasanya ramai tahu tentang keistimewaan jenama ini adalah kedap udara tetapi bencana banjir yang melanda baru-baru ini membuktikan keistimewaan baru jenama ini iaitu ia juga kedap air!

 

Menurut perkongsian Oh Malaysia Ku yang mengumpulkan beberapa kompilasi warganet yang berkongsi gambar terkini makanan mereka yang berjaya diselamatkan kerana berada dalam bekas Tupperware. Memang betul-betul kekal elok dan langsung tak rosak!

Keropok, serbuk kunyit, biskut kering, kurma dan tepung antara makanan yang masih elok seperti keadaan asal. Malah, ada juga yang simpan dokumen penting dalam bekas Tupperware dan kerana itu dokumen mereka selamat daripada terkena air banjir. Another level!

Lepas ini, rasanya makin ramai akan bertukar menggunakan jenama Tupperware.

Post a Comment