Pedas Dia Lain Macam Betul! Rupanya Cili Kering Berbeza-beza Tahap Kepedasannya – Manis Madu
Rupanya Cili Kering Berbeza-beza Tahap Kepedasannya

Pedas Dia Lain Macam Betul! Rupanya Cili Kering Berbeza-beza Tahap Kepedasannya

Walaupun selalu masuk dapur untuk memasak masih ada yang takĀ  tahu yang sebenarnya cili kering ada tahap kepedasan yang berbeza.

 

Kadang-kadang bila pergi pasar raya, nampak cili kering semua macam sama sahaja. Jangan tertipu ya! Lain jenis cili kering, berbeza tahap kepedasannya. Jangan pula nanti lepas masak baru menangis tahan kepedasan!

1. Gemuk

Dried-Chili-Peppers_768

Cili kering yang nampak gemuk sebegini merupakan yang kurang pedas. Menurut Free Malaysia Today, ia juga dikenali sebagai cili kering Kelantan, kerana boleh didapati dengan mudah di sana.

 

Cili kering gemuk ini lebih sesuai dicampurkan dengan cili kering yang lebih pedas agar dapat mengawal kepedasan yang melampau.

 

Maduners yang masih ingin masak benda yang bersambal untuk anak-anak tapi tak mahu terlalu pedas, sesuai sangat guna cili kering ini!

2. 668

Cili 668

Sumber Gambar: Facebook

Cili 668 ini lagi pedas daripada cili gemuk yang Madu sebut tadi! Ia keriting, kurang biji dan kulitnya nipis dan mudah dikisar sehingga halus.

 

Kalau Maduners nak tahu, cili 668 ini sesuai digunakan untuk masak sambal ikan bilis, laksa, kuetiau goreng basah dan lain-lain sebab sedang untuk dikisar kerana kurang biji berbanding cili kering lain.

3. 273

cili 273

Sumber Gambar: Shopee

Cili 273 yang berasal dari Thailand ini bersaiz kecil seperti cili padi, berkilat dan mempunyai banyak biji. Ia agak pedas, sama level dengan cili kering 668.

 

Untuk cili 273 ini, memang terbaik kalau Maduners gunakan untuk dimasak sebagai sambal-sambal seperti sambal sotong, sambal ketam. Dengar menu pun Yaya terliur dibuatnya! Bayangkan kepedasan semua menu di atas dengan nasi putih panas-panas, uhhhhhhh!

4. Teja

cili teja

Sumber Gambar: www.alibaba.com

Maduners yang rasa nak mencabar diri sendiri dengan tahap kepedasan next-level, boleh cuba cili kering Teja ini! Cili kering Teja atau lebih dikenali sebagai cili kering Siam mendapat nama atas sebab kepedasan yang ekstra.

 

Nak masak apa pun sesuai tapi kena ingat pedas dia memang menyengat!

Haa, setakat ini sahaja cili kering yang Maduners perlu tahu sebelum membeli dan juga memasak! Hantu pedas boleh teruskan dengan cili kering Teja, yang lain boleh gunakan cili kering gemuk untuk selamat. Semoga bermanfaat untuk semua!

Post a Comment