Pegawai Polis Bantu Bayar Kos Perubatan Anjing Jalanan Yang Juga Kawan Baiknya – Manis Madu
Pegawai Polis Bantu Bayar Kos Perubatan Anjing Jalanan Yang Juga Kawan Baiknya

Pegawai Polis Bantu Bayar Kos Perubatan Anjing Jalanan Yang Juga Kawan Baiknya

Agama bukan penghalang untuk berbuat baik kepada semua haiwan apabila beberapa orang pegawai polis di sebuah sekatan jalan raya di Kota Tinggi bertekad untuk membantu membiayai kos pembedahan seekor anjing liar.

 

Sebelum itu, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang ada berkongsikan satu video ni lama Facebooknya pada 30 Mei lalu

Video berdurasi satu minit 46 saat itu menampakkan seorang pegawai polis sedang bermain bersama anjing liar tersebut yang juga merupakan rakannya di sekatan jalan raya berhampiran ladang kelapa sawit yang diberi nama Johnny. 

 

Mengikut perkongsian Kuan di laman Facebooknya sebelum ini, Johnny mengalami kecederaan serius di perutnya dan patah di bahagian kaki.

anjing liar-Johnny-kecederaan serius-01

Ketiga-tiga pegawai polis di sekatan jalan raya tahu tentang hal itu. Walaupun mempunyai sedikit wang, pegawai polis berkenaan tetap menunggu hingga subuh untuk membawa Johnny ke klinik haiwan.

 

“Betapa nekad usaha mereka walaupun kocek kurang berwang tapi nekad hantar Johnny ke klinik untuk selamatkan Johnny”. – Kuan

 

“Syabas anda semua. Tahniah polis Johor melahirkan warga polis yang berjiwa mulia”. – Kuan

anjing liar-Johnny-kecederaan serius-02

Tambah Kuan lagi, dia akan membawa Johnny ke doktor haiwan di Johor Bahru untuk rawatan lebih lanjut dan memberitahu bahawa kos perubatan mungkin mencecah ribuan ringgit.

 

Bagaimanapun, pihak polis tersebut memberitahu Kuan bahawa mereka akan memberi sumbangan sebanyak mungkin untuk menyelamatkan anjing itu kerana itulah rakan mereka yang selalu menemani mereka apabila larut malam walaupun hujan lebat.

 

Sebagai teman, ketiga-tiga pegawai polis itu mengambil keputusan untuk berkongsi wang mereka bagi membantu rawatan Johnny.

 

Pada 31 Mei lalu, Kuan memberitahu bahawa kosnya boleh mencecah lebih RM6000. Katanya, klinik di Johor Bahru menasihatkannya untuk membawa Johnny ke pakar ortopedik untuk melihat tulang kaki Johnny. 

 

Berkat usaha murni itu, Kuan menyatakan sambutan luar biasa dari pengikutnya yang meminta Kuan memulakan dana untuk mengumpul wang bagi kos perubatan Johnny.

 

Dalam kemas kini terbaru, Kuan mendedahkan bahawa kos untuk menghilangkan kaki Johnny adalah RM3000 dan memerlukan seseorang pergi ke doktor haiwan untuk membayar yuran sebanyak RM180 yang tidak dapat dibayar secara dalam talian. 

 

Kata Kuan, mujur pegawai polis tersebut telah membayar yuran Rm180 kepada pihak veterinar.

Sumber Gambar: Kuan Chee Heng

Post a Comment