Pelajar Lingkungan 12 Tahun Lepaskan Tembakan Di Sekolah – Manis Madu
Pelajar Lingkungan 12 Tahun Lepaskan Tembakan Di Sekolah

Pelajar Lingkungan 12 Tahun Lepaskan Tembakan Di Sekolah

Baru-baru ini berlaku satu kes tembakan yang melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah yang terletak di Idaho, Amerika Syarikat (AS).

 

Tembakan yang berlaku itu mengakibatkan tiga orang cedera sebelum senjata yang dipegang oleh pelajar perempuan tersebut dirampas oleh guru.

 

Menurut laporan Berita Harian, suspek difahamkan murid Sekolah Menengah Rigby yang terletak berhampiran kawasan air terjun Idaho itu berkemungkinan berusia lingkungan 11 atau 12 tahun.

 

“Dia mengambil pistol dalam beg galasnya dan melepaskan tembakan beberapa kali di dalam dan luar sekolah,” kata Sherif County, Jefferson Steve Anderson.

 

Bagaimanapun, tembakan yang dialami tiga mangsa tersebut, termasuk dua pelajar difahamkan tidak parah – Anderson

 

“Ketika tembakan, seorang guru merampas senjata daripada murid berkenaan dan menahannya sehingga pihak berkuasa tiba untuk membawanya untuk siasatan,” Kata Anderson pada sidang media.

 

Pihak berkuasa tempatan dan Biro siasatan persekutuan (FBI) turut menyiasat insiden tembakan berkenaan.

 

Kebelakangan ini banyak insiden tembakan dilaporkan di AS termasuk di sebuah kemudahan penghantaran FedEx di Indianapolis, bangunan pejabat di California, kedai runcit di Colorado dan beberapa spa di Atlanta.

 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan keganasan senjata api di Amerika Syarikat itu sebagai sesuatu tindakan yang memalukan.

Sumber Gambar: MSN

Post a Comment