Pelakon Squid Game, Jung Ho-Yeon Kini Model Paling Dikehendaki Dunia! – Manis Madu
Pelakon Squid Game, Jung Ho-Yeon Kini Model Paling Dikehendaki Dunia

Pelakon Squid Game, Jung Ho-Yeon Kini Model Paling Dikehendaki Dunia!

Bintang utama drama Squid Game, Jung Ho-yeon menjadi ‘rebutan’ pelbagai jenama fesyen mewah selepas jumlah pengikut aktres Korea Selatan itu meningkat secara mendadak dalam platform Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HoYeon Jung(Chung) (@hoooooyeony)

Lapor Daily Mail, pelakon dan model berusia 27 tahun itu menerima pelbagai tawaran menarik daripada label fesyen mewah dan jenama global yang berminat untuk memanfaatkan popularitinya.

 

Jenama fesyen mewah, Louis Vuitton menjadikan bintang kelahiran Seoul itu sebagai wajah koleksi terbaharunya yang mempromosikan pakaian, barangan kemas dan jam tangan jenama dari Perancis tersebut.

 

Pengeluar pakaian sukan, Adidas dan jenama fesyen mewah, Fendi pula turut memeterai perjanjian dengan Ho-yeon.

 

Ho-yeon kini menjadi seorang daripada model paling ‘laku’ di dunia selepas Squid Game ditayangkan pada bulan lalu.

 

Para pereka juga kagum dengan populariti Ho-yeon dalam media sosial selepas aktres itu mempunyai seramai 17 juta pengikut di Instagram dalam tempoh seminggu, sekali gus menjadikannya sebagai pelakon Korea Selatan mempunyai paling ramai pengikut di platform tersebut.

 

Malahan, satu hantaran yang memaparkan Ho-yeon menggayakan beg Louis Vuitton mendapat lebih tujuh juta tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HoYeon Jung(Chung) (@hoooooyeony)

Sekeping gambar menunjukkan pelakon itu mengenakan pakaian sukan Adidas pula berjaya meraih sokongan 8.6 juta pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HoYeon Jung(Chung) (@hoooooyeony)

Ho-Yeon dijangka melakukan peragaan pada pertunjukan fesyen di London, New York, Paris dan Milan pada tahun depan.

 

Dalam drama bersiri Squid Game, Ho-yeon memainkan watak seorang pembelot Korea Utara yang menyertai pertaruhan maut itu dalam usaha memenangi wang bagi membawa ahli keluarganya yang terperangkap di seberang sempadan.

Post a Comment