Pelakon Tamil Popular VJ Chitra Dipercayai Bunuh Diri, Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel – Manis Madu
Pelakon Tamil Popular VJ Chitra Dipercayai Bunuh Diri

Pelakon Tamil Popular VJ Chitra Dipercayai Bunuh Diri, Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel

Pelakon Tamil terkenal, VJ Chitra ditemui tidak bernyawa di bilik hotel sekitar kawasan Chennai baru-baru ini. Kematiannya itu nyata mengejutkan ramai pihak termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chitra kamaraj (@chithuvj)

Menurut ANI, mayat Chitra telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan polis.

 

Untuk info Maduners, VJ Chitra melakonkan watak Mullai dalam rancangan tv popular “Pandian Stores”.

 

Pandian Stores adalah sebuah rancangan televisyen yang popular di Vijay TV dan mempunyai ramai pengikut. Siri ini berkisar tentang kehidupan kekeluargaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chitra kamaraj (@chithuvj)

Sebaik sahaja berita kematiannya tersebar, hashtag #RIPChitra mula trending di Twitter dan para peminatnya meluahkan rasa sedih dan tidak percaya mereka di sana.

Rata-rata menafikan berita tersebut dengan mengatakan kematian itu hanyalah palsu seolah olah tidak dapat menerima hakikat kematian artis kesayangan mereka itu.

 

Pelakon berumur 28 tahun itu dilaporkan telah menyelesaikan penggambaran di EVP Film City pada hari Selasa dan telah kembali ke hotel sekitar jam 2.30 pagi. Chitra juga dilaporkan bersama tunangnya, Hemanth di hotel yang sama.

 

Takziah Madu ucapkan buat keluarga dan peminat Chitra.

Post a Comment