Pelancaran outlet Sephora dua tingkat in the heart of Kuala Lumpur – Manis Madu

Pelancaran outlet Sephora dua tingkat in the heart of Kuala Lumpur

Pernah tak terfikir yang satu brand boleh cover 2 tingkat? Memang tidak mustahil apabila brand berkait dengan baju, makanan dan lain-lain pada zaman sekarang. Malaysia sangat popular dengan perkataan trend ataupun viral. Kaum remaja merupakan dikalangan kumpulan yang paling cepat follow up pada masa kini. Gambar di atas menunjukkan bahawa brand Sephora yang datang dari negara Perancis telah pun melancarkan bangunan 2 tingkat di Farenheit 88, Kuala Lumpur.

Sebelum pelancaran Sephora di lokasi tersebut, Sephora telah pun melancarkan brandnya di beberapa tempat di Malaysia seperti di One Utama, MidValley Megamall, Paradigm, Aeon Shah Alam dan beberapa tempat lagi. Di Sephora Farenheit 88, ia merupakan bangunan yang paling besar dan merangkumi 17,000 square feet berdasarkan Malay Mail. Malah Amerika Utara dan Singapura tidak boleh mengalahkan bangunan yang sebesar ni.

Sumber Gambar: Sephora Malaysia

 

Di dalam outlet Sephora farenheit 88, terdapat 10,000 produk yang dijual daripada pelbagai jenis brand sama ada di luar negara ataupun tempatan. Kebanyakkan kaum wanita akan tergila-gila dengan produk kosmetik dan sanggup membayarnya demi kecantikan. Kecantikan seorang wanita bukan sahaja untuk menarik perhatian lelaki, tetapi ia jugak untuk menambahkan rasa yakin dalam dirinya supaya dirinya merasa begitu hebat. Jadi, kalau datang ke lokasi ini, good luck lah kat sesiapa yang datang ke sini sebab banyak lagi produk yang korang kena try haaaa, lagi lagi dengan free tester. Kepada kaum lelaki pula kenalah banyak bersabar kalau nak tengok your girl cantik yeah.

Sumber Gambar: Sephora Malaysia

 

Selain produk, Sephora Farenheit 88 juga ada servis seperti studio fotografi, private event, Sephora’s first Beauty Loft, urutan tangan secara percumapembalut hadiah, assistant untuk pembeli dan juga perkhidmatan ukiran. Pelanggan yang datang di sini boleh menikmati servis tersebut dan menerokai sesuatu yang baru untuk diri mereka. Pelanggan bukan sahaja dapat membeli barang malah mereka juga dapat menikmati servis yang mereka sediakan. Dengan kata lain, perjalanan mereka ke sini sangat berbaloi.

Sumber Gambar: Lifestyleasia

 

Outlet Sephora Dua tingkat ini terletak di Farenheit 88, Bukit Bintang. Outlet tersebut dibuka pada pukul 10 pagi -10 malam pada hari Ahad sehingga khamis dan pukul 10 pagi – 11 malam pada hari jumaat dan sabtu. Ramai pelanggan di Malaysia dan luar negara datang ke sini untuk menikmati servis dan membeli produk kosmetik. Jadi, datanglah ke sini untuk menikmati servis dan barangan di outlet Sephora dua tingkat di sini. Enjoy shopping you alls.

Post a Comment