Pelik Kenapa Kulit Kering? Ini Antara Sebabnya – Manis Madu
Pelik Kenapa Kulit Kering? Ini Antara Sebabnya

Pelik Kenapa Kulit Kering? Ini Antara Sebabnya

Maduners masih ada yang bingung tentang kulit kering? Ini antara sebab yang mungkin anda terlepas pandang.

Rasanya memang ramai orang yang menghadapi masalah kulit kering, walaupun rutin penjagaan kulit dah lengkap. Betul tak?

Di sini Madu nak kongsi beberapa punca kulit kering yang mungkin luar dari pengetahuan korang semua.

1. Mencuci Muka dengan Kerap

Memang tak boleh dinafikan yang lepas menggunakan pencuci muka, muka akan rasa segar dan bersih. Tapi, kalau cuci muka dengan terlalu kerap, ia boleh mengurangkan sebum semula jadi pada permukaan kulit.

2. Mandi Menggunakan Air Panas Terlalu Lama

woman shower

Dengar ini! Moira Lawler daripada Everyday Health cakap mandian dengan air panas hanya boleh dilakukan maksimum untuk 5 minit sahaja. Air yang digunakan lebih baik jika suhu suam, tak terlalu panas.

3. Udara Yang Kering

Maduners tahu tak yang kalau kita tidur dalam bilik yang ada air-cond akan membuatkan udara dalam bilik sejuk tetapi sangat kering? Ohhhh, nooo.

Kalau yang baru sahaja tahu, Madu recommend korang letakkan humidifier dalam bilik sebab memang bagus untuk melembapkan udara. Baru pipi boink-boink!

4. Menggunakan Sabun Yang Mengandungi Wangian

Walaupun memang ramai orang yang sangat suka sabun mandi yang mengandungi wangian untuk kepuasan mandian tapi kalau korang nak tahu, sabun mandi antara punca kulit kering yang kurang diberikan perhatian.

soap_sabun

Sabun yang mengandungi wangian akan mengakibatkan kulit kering atas sebab level pH yang terlalu tinggi.

5. Genetik

elasticity-genetic-testing-skin-genes-app-by-geneinformed-in-sequencing-genome-app-store

Sumber Gambar: sequencing.com

Genetik merupakan punca kulit kering yang memang tak mampu dielakkan tapi ada saja langkah-langkah yang boleh mengurangkan kulit kering seperti menggunakan moisturizer setiap hari.

Maduners boleh cuba baca artikel ini, pemakaian sunblock yang boleh kurangkan kulit kering > https://manismadu.com.my/sinaran-uv-lindungi-kulit-dengan-5-pilihan-sunblock-ini/ . Barulah boleh atasi masalah kulit kering!

 

Dah jumpa punca kulit kering Maduners? Haa, inilah masanya untuk mengubah norma hidup kita! Jangan lupa, “hydration is the key for flawless skin!”.

Post a Comment