Pelik, Meja Letak Barangan Food Bank Juga Lesap? – Manis Madu
Please return my table

Pelik, Meja Letak Barangan Food Bank Juga Lesap?

Jika sebelum ini kecoh di media sosial apabila segelintir individu tanpa segan silu mengambil semua barangan yang diletakkan di food bank sehingga mengundang kecaman orang ramai.

 

Baru-baru ini aksi lebih ‘advance’ dan mengejutkan apabila meja yang digunakan untuk meletakkan barangan sumbangan turut ‘dilarikan’.

Menerusi satu gambar yang tular di laman Facebook, kelihatan beberapa barangan bantuan seperti tepung dan bihun berada di atas lantai selepas meja yang digunakan untuk meletakkan makanan itu hilang.

 

Selain itu, pemilik food bank itu turut meninggalkan satu nota pesanan iaitu ‘Tolong Kembalikan Meja Saya’.

 

Menurut Kosmo!, lokasi serta tarikh kejadian tidak dapat dikenal pasti.

 

Sementara itu, warganet mengecam tindakan individu yang melarikan meja itu dan meminta ‘pencuri’ itu supaya mengembalikan dengan segera.

 

Sumber Gambar: Kosmo!

Post a Comment