Pemandu Lori Gila? Lebih 10 Kenderaan Digesel Lori! – Manis Madu
Pemandu Lori Gila Lebih 10 Kenderaan Digesel Lori

Pemandu Lori Gila? Lebih 10 Kenderaan Digesel Lori!

Lebih 10 kenderaan pelbagai jenis yang diparkir di kedua-dua arah bahu sebatang jalan rosak akibat digesel sebuah lori yang menggunakan lorong sama.

Insiden berlaku di kawasan belakang Parcel E, Kompleks Kerajaan di Putrajaya, dan mula tular di media sosial dalam dua rakaman video berasingan, iaitu pada semasa dan selepas kejadian.

 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lori putih jenis 1 tan melanggar sebuah kenderaan berwarna merah di bahu jalan sebelah kiri sebelum bergesel pula dengan beberapa kenderaan lain.

 

Rakaman video selepas insiden menunjukkan sejumlah kenderaan mengalami kerosakan, terutama pada bahagian seperti pintu, fender, badan dan cermin sisi yang mana nilai kerosakan belum diketahui.

 

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz meminta pemandu lori hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk memberi keterangan.

 

Pemilik kereta seramai 10 orang dikatakan sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan insiden itu.

 

Bagaimanapun, menurut CGSO Parcel E menyatakan, lokasi kemalangan sebenarnya digazetkan sebagai kawasan tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan.

 

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi boleh dibuat mangsa terlibat kerana kawasan atau laluan tersebut digazetkan sebagai kawasan tidak dibenarkan parkir.”

 

Malah, polis boleh mengeluarkan saman kepada mereka tidak patuh terhadap perkara itu.

 

Bagaimanapun, laporan Sinar Harian menyatakan polis akan membuat siasatan terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada mengeluar saman atau sebaliknya.

Post a Comment