Peminat Blusher? Kena Tahu TOP 3 Blusher Natural Untuk Anda!
Bagi kaum wanita di luar sana, semestinya tak mahu kelihatan pucat bila keluar rumah kan?
Mesti nak ada secalit lipstik dan juga pemerah pipi supaya wajah tak nampak kusam betul tak?
Tapi Fazlan tengok kadang-kadang ada yang pipi dia terlampau merah sampai terfikir, ‘baru lepas kena tampar ke?’.
Fazlan nak senaraikan TOP3 blusher atau pemerah pipi yang sesuai digunakan untuk mereka yang sukakan solekan yang simple tapi tetap berseri.
Senarai ini semua jenama antarabangsa, jadi bolehlah cari di Sephora atau sebagainya!
#3 Jelly Pop Flush Blush – e.l.f. Cosmetics
Ini dia pemerah kita yang menduduki tempat kelima, pemerah pipi dari elf Cosmetics yang sangat popular.
Tapi yang satu ini memang dapat sambutan yang hangat.
Didatangkan dengan dua warna iaitu peach dan juga soft pink, pemerah pipi ini juga mempunyai tekstur yang sangat unik iaitu seakan-akan jelly.
Tapi jangan risau sebab pemerah pipi ini langsung tak melekit di wajah.
Warnanya yang tipis-tipis sahaja di wajah membuatkan ramai wanita menjadikan pemerah ini sebagai antara produk kosmetik dalam wishlist mereka!
Harga untuk satu unit pemerah pipi ini adalah RM24.00 sahaja!
#2 Cheek To Chic Blush – Charlotte Tilbury
Jenama ini memang terkenal dengan produk-produk solekan yang nampak natural.
Jenama ini dipilih sebagai tempat kedua kerana berdasarkan majalah Harpers Bazaar, pemerah pipi ini merupakan antara yang paling banyak diguna oleh wanita di Amerika Syarikat.
Tak hairanlah kalau jenama ini menduduki carta TOP 3 kita.
Didatangkan dengan 9 warna yang pastinya membuatkan para wanita gila melihatnya, ianya membuatkan wanita dengan pelbagai jenis warna kulit dapat mencari warna yang sesuai untuk tona kulit mereka!
#1 Cheek Heat Gel-Cream Blush, Face Makeup – Maybelline
Siapa yang tak kenal Maybelline? Kalau bukan pemerah pipi, mesti Maduners pernah pakai rangkaian produk dari jenama ini kan?
Tak kiralah lipstik hingga ke foundation mesti ada dalam beg solek kan?
Ha, mungkin ramai yang tak tahu Maybelline ada satu jenama blusher yang sangat popular. Ha yang inilah!
Cheek Heat Gel Cream ini berbentuk gel dan sedikit melekit, tapi apa yang best adalah kalau anda tak pakai foundation pun anda boleh terus letak pemerah pipi ini di atas kulit dan langsung tak melekit!
Untuk jenama ini, kesemua sekali ada 6 kod yang semuanya mempunyai rona natural dan nampak manis je bila pakai.
Murah jer, satu tiub dalam harga RM36.00 tapi sangat tahan lama!
Kenapa blusher ini jadi tangga pertama? Sebab ianya mudah didapati! Di kedai-kedai drugstore pun ada!
Jadi jom shopping untuk lawa-lawa.
Sumber Gambar: elfcosmetic, Sephora, Maybelline