Pemuda Ini Kongsi Anggaran Kos Nikah, Boleh Simpan Untuk Rujukan! – Manis Madu
Pemuda Kongsi Anggaran Kos Nikah, Boleh Simpan Untuk Rujukan

Pemuda Ini Kongsi Anggaran Kos Nikah, Boleh Simpan Untuk Rujukan!

Setiap pasangan bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan tersebut dengan ikatan suci perkahwinan. Melangkah ke alam rumah tangga beerti kedua pihak sudah setuju untuk berkongsi hidup bersama.

 

Namun, untuk mendirikan rumah tangga tidak percuma. Terdapat pelbagai kos serta proses yang perlu dilalui sebelum berkahwin.

List for ideas for a wedding

Menurut satu perkongsian di laman Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai @farhanmashudii ada berkongsi anggaran kos yang kebiasaannya diperlukan untuk sebuah perkahwinan dan majlisnya.

Antara anggaran kos yang dikongsi permuda berkenaan adalah seperti kos mas kahwin, hantaran, barang hantaran, upah kadi dan saksi, pakaian pengantin serta lain-lain.

man and woman holding hands

Dalam ciapan tersebut juga dinyatakan bahawa anggaran kos yang dibuatnya mengikut anggaran peribadinya sahaja. Terpulang sama ada nak ikut atau tidak.

 

“Aku cakap awal-awal ya ini semua estimated sahaja. Korang boleh ubah ikut cara korang. Nak kahwin kan, haa buat preparation elok-elok. Semoga bermanfaat,” tulisnya.

 

Buat Maduners yang masih buntu atau tak nampak lagi apa yang perlu disediakan untuk berkahwin, korang boleh rujuk kos yang dikongsikan pemuda ini. Semoga bermanfaat!

Post a Comment