Penat Kena ‘Friendzone’, Lelaki Gantung Banner Cari Jodoh! – Manis Madu
Penat Kena ‘Friendzone’, Lelaki Gantung Banner Cari Jodoh

Penat Kena ‘Friendzone’, Lelaki Gantung Banner Cari Jodoh!

Baru-baru ini tular di media sosial usaha seorang pemuda bernama Ariff Luqman untuk mencari pasangan hidup.

 

Menerusi hantarannya di laman Instagram dan TikTok, pemuda ini sanggup menggantung banner untuk mengiklankan hasrat hatinya mencari jodoh. Bukan itu sahaja, pemuda berkenaan juga turut mengedarkan risalah kepada orang ramai untuk menjayakan misi tersebut.

pemuda-menggantung-banner-untuk-mencari-jodoh

Dalam videonya yang tular di TikTok, dilihat pemuda tersebut sedang menggantung banner mengenai misinya untuk mencari bakal isteri sekaligus menamatkan zaman bujangnya. Menurutnya, adalah disebabkan wajahnya yang kurang kacak maka dia perlu meletakkan usaha yang lebih untuk mencari calon isteri.

penatlah-asyik-kena-friendzone

Tambahan pula, dia memaklumkan ibunya sudah tiada maka dia perlu berdikari untuk mencari jodoh sendiri.

 

“Saya yang tiada seorang ibu ni kenalah berusaha dan berdikari cari jodoh sendiri. Kalau masih ada ibu lagi, mesti ibu dah bantu carikan,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

saya-dah-tiada-ibu-untuk-bantu-carikan-jodoh

Difahamkan, ini juga merupakan langkah terakhir yang dilakukannya untuk mencari pasangan hidup selepas sudah penat berada dalam fasa ‘friendzone’ selama ini.

 

Tambah menarik lagi, dia juga akan memberikan hadiah sebanyak RM10,000 buat mereka yang berjaya mendapatkan pasangan hidup untuknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Luqman (@ariffpeter)

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet mendoakan yang terbaik buat pemuda berkenaan agar menemui jodohnya.

Post a Comment