Pendidikan Tak Penting? Jadi Kenapa Bekas Miss World Malaysia Pun Ada PhD? Siap Masuk Malaysia Book of Records! – Manis Madu
Pendidikan Tak Penting_ Jadi Kenapa Bekas Miss World Malaysia Pun Ada Phd_ Siap Masuk Malaysia Book of Records!

Pendidikan Tak Penting? Jadi Kenapa Bekas Miss World Malaysia Pun Ada PhD? Siap Masuk Malaysia Book of Records!

Pengetahuan, ilmu, maklumat, pendidikan ataupun pembelajaran adalah sangat penting dalam hidup kita. Semenjak kecil lagi kita telah dididik bahawa ilmu itu sangat penting dan berharga.

 

Sejauh manakah tahap pendidikan anda? Dan sepenting manakah pendidikan di dalam hidup anda? Atau adakah anda seperti Madu yang tidak berpeluang merasa kehidupan sebagai seorang pelajar di menara gading? 

 

Madu membesar dengan keadaan yang ala kadar dan tahap kehidupan keluarga Madu bukanlah dari keluarga yang berkemampuan untuk mampu menghantar Madu ke universiti ataupun kolej tempatan.

 

Tetapi pada zaman sekarang ini sudah terlalu banyak kursus atas talian yang kita boleh ambil dan sertai, jika anda tidak mempunyai kesempatan dulu; ini adalah masa yang sesuai untuk anda menyingkap kembali keinginan yang anda pernah ada dulu.

nick-morrison-FHnnjk1Yj7Y-unsplash (1)

Kursus atas talian sudah mempunyai banyak pilihan, jika ingin dibandingkan dengan zaman dulu. 

 

“It’s never too late”, tidak ada istilah ‘sudah terlambat’ dalam menuai ilmu. Duit ataupun kos bukanlah sesuatu alasan untuk memberhentikan niat anda, ini kerana terlalu banyak pilihan kursus pendek yang dengan harga mampu milik yang Maduners boleh sertai secara atas talian. 

 

Jika anda seperti Madu yang telah meninggalkan zaman persekolahan lebih dari 20 tahun, adalah lebih baik jika mulakan dengan kursus pendek untuk menyesuaikan diri anda dengan mood atau situasi pembelajaran sebelum anda menempuhi situasi pembelajaran sepenuhnya di universiti pilihan anda.

christin-hume-Hcfwew744z4-unsplash (1)

Rata-rata ramai yang tidak tahu bahawa banyak pilihan untuk kursus pendek atas talian yang ditawarkan pada masa ini, antara medium  kursus pendek yang anda boleh cuba adalah :

 

  1. New Skills academy
  2. Domestika
  3. Masterclass
  4. Studyportals
  5. Google Academy

 

Bergantung dengan subjek atau topik yang anda ingin pelajari, lima pilihan di atas adalah kursus yang Madu pernah sertai. Jika anda lawati portal di atas, anda akan lihat banyak topik untuk pilihan anda seperti mekap, digital, produksi filem, pengurusan media sosial dan pelbagai lagi.

 

Jangan putus asa, terlalu banyak pilihan untuk anda di luar sana dan yang menariknya kursus ini tidak memakan banyak masa anda. Cuma mengambil 1 – 2 jam setiap hari dan seminggu untuk anda habiskan.

 

Tahukah anda salah penyebab Madu untuk belajar adalah Dr. Soo Wincci? Salah satu nama yang sangat terkenal di Malaysia, walaupun sudah mempunyai beberapa ijazah tetapi beliau masih lagi aktif dalam aktiviti pembelajaran dan bagi beliau umur bukanlah penghalang.

Inilah yang dikatakan “Belajar sampai kebatas, berlayar sampai kepulau” (Kita harus berusaha secara sungguh-sungguh untuk mencapai suatu tujuan)

Dr. Soo Wincci telah menempatkan nama beliau di Malaysia Book of Records apabila beliau merupakan peserta Miss World Malaysia yang PERTAMA mendapat PhD pada tahun 2016 dan baru-baru ini beliau menempatkan namanya di Malaysia Book of Records sekali lagi tetapi kali ini untuk bilangan ijazah akademik terbanyak yang diperoleh oleh peserta ratu cantik, dan juga gelaran akademik terbanyak yang diperoleh oleh seorang artis rakaman.

 

Tahniah Dr. Soo Wincci! You are our IDOL!

Post a Comment