Pengantin Termenung, Majlis Persandingan Dilanda Banjir – Manis Madu
Pengantin Termenung, Majlis Persandingan Dilanda Banjir

Pengantin Termenung, Majlis Persandingan Dilanda Banjir

Sebuah video yang menunjukkan sebuah majlis pernikahan yang tiba-tiba dilanda musibah banjir menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

 

Menurut Kosmo, rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram @ratu.nyinyir.officiall menunjukkan orang ramai kemudian bergegas menyelamatkan barang milik mereka yang hanyut dibawa banjir.

Sementara itu, pasangan pengantin yang sedang bersanding dan ahli keluarganya dilihat hanya termenung sambil melihat musibah banjir itu. Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak diketahui.

majlis dilanda banjir

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi reaksi di ruangan komen.

 

“Ya Allah, yang penting sudah sah,” tulis seorang netizen.

 

Sementara itu, ada juga netizen yang turut mengaitkan kejadian tersebut dengan doa bekas kekasih pasangan pengantin yang makbul.

 

“Mungkin doa bekas kekasih pengantin telah termakbul,” tulis seorang netizen.

Post a Comment