Pengaruh K-Pop Punca Pembedahan Plastik Di Malaysia Meningkat, Minta Muka Macam Jennie Blackpink?
Sebut jerr tentang plastic surgery atau pembedahan plastik, semua individu memiliki perspektif dan pendapat tersendiri. Ada yang boleh terima, ada juga yang mengeji.
Namun, untuk pengetahuan Maduners, permintaan terhadap pembedahan plastik di Malaysia telah meningkat dengan mendadak! Patutlah makin hari makin bertambah bilangan klinik dan pusat perubatan pembedahan plastik di Malaysia.
Hari ini Madu akan kongsi dengan korang beberapa jenis pembedahan plastik yang popular di Malaysia. Agak-agak paling popular nombor satu yang mana ya?
#7 Lower Blepharoplasty (Pembedahan Eyebag)
Sumber Gambar: theclinicindonesia.com
Wanita mana jerr suka ada eyebag, betul tak? Ada eyebag, dark circle, mesti buat para wanita tak senang duduk! Antara faktor eyebag terbentuk adalah kerana peningkatan usia.
Sumber Gambar: seattleface.com
Haa sebab itulah, Pembedahan Eyebag menjadi salah satu pembedahan plastik paling popular di Malaysia.
Walaupun ia memakan masa selama 4-6 minggu untuk pemulihan sepenuhnya tapi kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan ini dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa selepas kira-kira 1 minggu selepas pembedahan.
#6 Upper Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)
Sumber Gambar: okoa.org
Hmmm kelopak mata pun jadi isu. Complicated nya perempuan! Pembedahan Kelopak Mata menjadi antara pembedahan yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Lazimnya, individu yang melakukannya bertujuan untuk mengubah “monolid” kepada “double eyelid”.
Sumber Gambar: www.elmquist.com
“Double eyelid” membuatkan mata seseorang kelihatan lebih besar dan cantik. Satu perkara Maduners kena ingat, prosedur dia nampak mudah tapi rawatan ini perlu didapatkan daripada pakar yang bertauliah okay?
#5 Liposuctions (Sedut Lemak)
Sumber Gambar: www.plasticsurgery.org
Malaysia merupakan antara negara yang memiliki kes Obesiti yang tinggi. Maka tak hairanlah kalau pembedahan Liposuctions antara yang popular!
Liposuctions atau Lipo adalah satu prosedur yang mana pakar bedah menyedut lemak berlebihan daripada bahagian tubuh. Lazimnya, lelaki akan melakukannya untuk menyingkirkan gynecomastia (payudara lelaki) manakala wanita untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik.
#4 Dimpleplasty (Pembedahan Lesung Pipit)
Ini lagi satu pembedahan yang gila bagi Madu! Sampaikan lesung pipit pun nak buat di pembedahan zaman sekarang. Aiyakkk!
Sumber Gambar: www.drclevens.com
Prosedur pembedahan ini melibatkan pemotongan kecil di bahagian dalam mulut dan membuat jahitan kecil antara Otot Buksinator dan kulit pipi. Hasilnya memang nampak sebiji macam lesung pipit asli.
#3 Pembedahan Plastik Payudara
Pembedahan membesarkan payudara merupakan antara pembedahan yang paling popular sekarang! Ini kerana wanita Malaysia didoktrin dengan stigma payudara yang besar membuatkan seseorang itu lebih menawan dan seksi.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan pembedahan membesarkan payudara antaranya menggunakan implan, pemindahan lemak, filler atau menggunakan silicon.
Tapi Madu ingatkan, proses ini mempunyai risikonya yang tersendiri. Risiko jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Hati-hati.
#2 Pembedahan Tulang Rahang
Sumber Gambar: www.erufucare.com
Bentuk muka yang runcing merupakan antara idaman para wanita. Ada ke yang nak muka yang lebar dan besar? Jika diberi pilihan, mesti tidak jawapannya.
Oleh kerana itu, wujud pembedahan pengurangan tulang rahang seperti ini!
Prosedur pembedahan ini dahulunya dilakukan dengan cara memotong sedikit Otot Maseter iaitu otot yang digunakan untuk mengunyah. Namun, sekarang pakar bedah akan mengurangkan saiz otot tersebut dengan penyuntikan Botox ke dalamnya.
Penggunaan Botox akan melemahkan otot dan menyebabkan ia mengecil. Kesan pembedahan ini akan dapat dilihat seawal satu bulan dan hanya bertahan selama enam bulan. Lepas tempoh itu, korang kena ulangi prosedur yang sama untuk kekalkan bentuk rahang kecil yang diinginkan.
#1 Rhinoplasty (Pembedahan Hidung)
Sumber Gambar: gomediran.com
Kalau pun bukan pengaruh K-Pop, pembedahan jenis ini memang sudah dibuat dan popular dari dulu lagi.
Rata-rata yang melakukan pembedahan hidung akan mengubah hidung mereka menjadi lebih mancung atau lebih menyerlah.
Sumber Gambar: drtorgerson.com
Pembedahan ini dijalankan samada menggunakan implan silikon atau menggunakan tulang rawan pesakit. Memang effect Korea sangat kalau buat pembedahan hidung!
Korang jangan nak suka sangat! Pembedahan plastik memang akan menjadikan korang lebih cantik dan menawan, tapi tak kurang yang menanggung derita kerana pembedahan yang dilakukan.
Jangan terlalu obses dengan kecantikan hingga abaikan nyawa dan sanggup tanggung derita. Tak berbaloi!
Sumber: iluminasi.com