Pengorbanan Si Ayah, Seorang Jururawat – Manis Madu
Pengorbanan Si Ayah, Seorang Jururawat

Pengorbanan Si Ayah, Seorang Jururawat

Ahli keluarga merupakan individu yang penting dalam kehidupan kita kerana mereka menjadi tiang sokongan secara fizikal dan mental.

 

Namun, seperti yang Maduners tahu, sambutan hari raya pada tahun ini terdapat individu yang tak dapat beraya dengan ahli keluarga mereka dengan membuat pergorbanan menjadi barisan hadapan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Itu merupakan kisah yang dibawa oleh minuman Origina dalam memperingati dan memberi penghargaan kepada barisan hadapan yang tidak dapat beraya bersama keluarga mereka.

 

Cerita yang dibawa oleh minuman jenama Origina ini mengisahkan Shahir, 40 tahun yang dilakonkan oleh Remy Ishak yang bekerja sebagai seorang jururawat dan juga merupakan seorang ayah kepada anak perempuannya yang bernama Mastura.

Origina Raya Video 2020

Perkara yang menyayat hati Madu apabila menonton video ini waktu Shahir telah ditugaskan sebagai barisan hadapan sewaktu bulan Ramadan yang mana membuatkan dia berjauhan daripada anak perempuannya.

Origina Raya Video 2020

Sebagai seorang single parent dan juga frontliner, Shahir terpaksa berkorban masa dan tenaga utk membahagiakan anaknya, Mastura.Pandemik ini telah menyebabkan babysitter Mastura tidak dapat pulang dari kampungnya di Kelantan.

 

Shahir pula diarahkan bertugas membantu team Covid-19 di hospital tempatnya bekerja.Tiada pilihan, Shahir terpaksa meninggalkan Mastura seorang diri di rumah sepanjang menjalankan tugas.

 

Minuman Origina juga memasukkan elemen masalah kewangan dalam kehidupan Shahir yang juga terpaksa menjauhkan diri daripada anaknya kerana tidak ingin merisikokan kesihatan Mastura.

Namun, perkara tersebut tidak menghalang Shahir untuk berbuka puasa bersama anak perempuan menerusi panggilan video.

Origina Raya Video 2020

Sedih Madu dibuatnya menonton kisah yang dibawa oleh minuman Origina kerana menunjukkan realiti kehidupan pada waktu sekarang kerana perkara tersebut sememangnya berlaku.

 

Dengan jumlah tontonan hampir 800,000 di laman sosial dalam masa 6 hari, #Madu nak ucapkan tahniah kepada Origina kerana berjaya menghasilkan video dengan kisah yang menyayat hati dan juga menghargai usaha dan pengorbanan barisan hadapan.

 

#Maduners yang nak tonton video penuh boleh ke laman media sosial Origina iaitu Facebook di https://www.facebook.com/OriginaJus/ dan Instagram di https://www.instagram.com/origina_hq/?hl=en.

Post a Comment