Pengusaha Terpaksa Buang 1 Tan Durian, Rugi RM10,000! – Manis Madu
Pengusaha Terpaksa Buang 1 Tan Durian, Rugi RM10,000

Pengusaha Terpaksa Buang 1 Tan Durian, Rugi RM10,000!

Musim durian kembali lagi! Di media sosial sahaja ramai yang berkongsi gambar dan video kegembiraan menikmati durian yang pelbagai jenis dan harga.

 

Walau bagaimanapun, dalam kegembiraan mesti ada berita sedih yang mana disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang baru sahaja dilaksanakan di Klang baru-baru ini.

 

Seorang peniaga dan peraih durian di Felda Medoi, Segamat dikatakan menanggung kerugian lebih daripada RM10,000 kerana terpaksa membuang kira-kira satu tan durian pelbagai jenis.

 

Mohamad Fadli Mustapha, 42, berkata, dia terpaksa berbuat demikian selepas buah durian buruk  dan rosak kerana bekalan tidak dapat dipasarkan.

 

Menurut Fadli, lubuk pasaran durian di Lembah Klang kini sudah tidak dibenarkan masuk dan ini menyebabkan berlakunya lambakan durian.

 

“Minggu ini sahaja saya terpaksa membuang lebih satu tan durian jenis kampung dan kahwin walaupun kami sudah turunkan harga.” – Fadli

 

Tambah Fadli, Sebelum beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan PKPD, harga bagi sekilogram durian adalah antara Rm15 hingga RM20.

 

“Musim durian luruh ketika ini, memang berlaku lambakan bekalan di pasaran kerana durian tidak boleh dibawa keluar dari sini.”- Fadli

 

Ekoran itu, dalam masa yang sama pembeli juga tidak boleh keluar untuk membeli durian seperti hari biasa. Ini menyebabkan lebih tinggi lambakan durian yang berlaku di kawasan berkenaan.

 

Menurut laporan Kosmo, Fadli memaklumkan harga durian kini sudah mula jatuh iaitu antara RM8 hingga Rm10 bagi sekilogram. 

 

Pekebun-pekebun di kawasan itu juga menjangkakan harga durian berkemungkinan akan turun lagi sehingga RM6 sekilogram.

Sumber Gambar: Kosmo

Post a Comment