Peniaga Shopee Usia 11 Tahun, Dapat Telefon Dari Realme! – Manis Madu
Peniaga Shopee Usia 11 Tahun, Dapat Telefon Dari Realme

Peniaga Shopee Usia 11 Tahun, Dapat Telefon Dari Realme!

Sebelum ini pernah viral satu kisah berkenaan kegigihan seorang kanak-kanak 11 tahun yang penjadi penjual Shopee kerana ingin mengumpul wang membantu keluarga dan membeli telefon pintar untuk kelas onlinenya.

 

Menerusi laporan Manis Madu, kanak-kanak berusia 11 tahun atau lebih dikenali sebagai Umar Al-Khattab ini pada awalnya disangka scammer kerana menjual barangan yang berbeza size seperti yang ditunjukkan di dalam Shopee sebelum dia memaklumkan identiti dan niat sebenarnya.

 

Ekoran itu, kisah yang berlaku ke atas kanak-kanak ini telah mendapat perhatian dari syarikat Realme Malaysia dan mereka memutuskan untuk memberinya telefon pintar Realme 8 Pro bernilai RM1,299 bagi memudahkan dia menghadiri kelas onlinenya itu.

 

Realme 8 Pro ini dikuasakan oleh Snapdragon 720G SoC dan juga dilengkapi paparan Full HD + Super AMOLED 6.4 inci. 

 

Ia menawarkan 8GB RAM dan mampu penyimpanan 128GB serta bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W melalui USB-C.

 

Teknologi yang dibawakan oleh Realme 8 Pro ini sedikit sebanyak dapat membantu adik Umar menghadiri kelas atas talian dengan mudah dan menyeronokkan.

 

Tambahan pula, di musim pandemik ini juga sememangnya memerlukan pelajar memiliki sekurang-kurangnya satu telefon pintar atau komputer riba bagi membolehkan pelajar belajar dari rumah.

 

Mengikut laporan yang dibuat Soyacincau, ayah Umar iaitu Shamsul Bahrim bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Realme Malaysia kerana menghadiahkan telefon pintar itu kepada anaknya.

 

Menurut Shamsul, anaknya itu memulakan perniagaan atas talian kerana dia memang mengajar anak-anak untuk mencari pendapatan sendiri jika ingin mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by realme Malaysia (@realmemalaysia)

Post a Comment