Pening Cari Tempat Bercuti, Pilihan 4 Pulau Ada Tarikan Tersendiri!
Sejak dah boleh rentas negeri, berduyun-duyun rakyat Malaysia keluar ‘lepas geram’ setelah lama berkurung di rumah. Masing-masing dengan pilihan tersendiri seperti pulang ke kampung, bercuti, business trip dan lain-lain.
Antara pilihan popular untuk lapangkan fikiran serta mendapat ketenangan pastinya keindahan laut biru di pulau-pulau. Betul tak? Jadi, jom kita tengok antara pilihan pulau terkenal di Malaysia!
Pulau Langkawi
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Projek Rintis Gelembung Pelancongan telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi dan nampaknya telah memberi impak yang positif.
Tempat-tempat menarik di sini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kebanyakannya sudah terkenal dan familiar.
Madu nak cadangkan beberapa hotel lima bintang terkenal di Langkawi. Antara pilihan terbaik yang boleh Maduners kunjungi adalah The Ritz-Carlton Langkawi, Four Season Langkawi dan Casa Del Mar Langkawi. Sebenarnya banyak lagi hotel-hotel menarik di sana tetapi tiga hotel ini antara yang mendapat rating tertinggi!
View this post on Instagram
Selain kedudukan lokasi strategik yang menyajikan pemandangan memukau, kemudahan yang disediakan juga lengkap serta layanan oleh pekerja-pekerja di sana memang first class! Sebelum tempah bilik, Maduners survey lah dulu dan pilih mengikut kesesuaian korang.
Pulau Perhentian
View this post on Instagram
Pulau Perhentian merupakan sebuah pulau yang terletak di Terengganu.
Menariknya, nama Pulau Perhentian diambil bersempena sejarah pulau berkenaan sebagai tempat singgah atau berhenti seketika kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu sebelum meneruskan pelayaran.
Lebih menarik, apa yang Maduners cari ketika bercuti di pulau semuanya ditawarkan di pulau ini! Dari pakej snorkelling, scuba diving hinggalah perkhidmatan bot untuk korang nikmati pemandangan indah pulau ini sepuas hati!
Lanskap dunia bawah air Pulau Perhentian cukup memukau jiwa. Bayangkanlah, dengan menyelam, Maduners dapat melihat dengan lebih dekat keindahan batu-batu karang dan habitat marin lain yang penuh warna-warni ibarat sebuah lukisan. Rugi tak cuba!
Pulau Rawa
View this post on Instagram
Ada yang kata, keindahan Pulau Rawa lebih kurang Maldives! Tidak dapat dinafikan, Pulau Rawa merupakan antara pulau tercantik terdapat di Johor.
Uniknya, di sini hanya terdapat dua resort iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di sini memang impian lah kerana lokasinya terletak betul-betul berhadapan dengan laut!
View this post on Instagram
Maduners juga disarankan untuk menempah lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali berangan nak walk-in sahaja, memang tiada harapan bercuti di Pulau Rawa.
View this post on Instagram
Pakej yang ditawarkan oleh kedua-dua resort ini selalunya sudah disekalikan dengan penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku.
Lebih menarik, resort ini menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. So, Maduners boleh rancang dan bebas susun jadual dan aktiviti masing-masing di sini.
Pulau Tioman
View this post on Instagram
Ini lagi satu pulau yang sinonim dengan rakyat Malaysia! Tioman merupakan sebuah syurga pulau berbentuk titisan-air mata yang terletak kira-kira 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di dalam Laut China Selatan.
Berukuran kira-kira 38 km panjang dan 19 km lebar, Pulau Tioman merupakan yang terbesar dalam kumpulan 64 buah pulau gunung berapi yang ada.
Jika Maduners merancang untuk bercuti ke Pulau Tioman bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, korang tidak perlu risau soal makan dan minum, sampai terfikir nak bawa bekalan mi segera atau makanan segera lain.
Ini kerana di Pulau Tioman terdapat banyak tempat makanan yang menghidangkan pelbagai menu lazat terutama makanan laut!
Antara restoran yang boleh Maduners cuba ialah Restoran Salang Indah, Salang Dreams Restaurant, Tioman Cabana Beach Bistro, Fiqthya Chalets Café, Matahari Restaurant dan banyak lagi!
Menarik kan pulau-pulau yang Madu cadangkan di atas? Apa yang penting, rancanglah perjalanan percutian sebaiknya. Jangan sampai kegagalan merancang memusnahkan percutian indah korang!
Dari segi tempat penginapan, aktiviti yang nak dilakukan, barang keperluan yang perlu dibawa dan lain-lain. Lebih baik jika Maduners selidik dan cari tahu maklumat-maklumat penting tentang tempat yang ingin dituju sebelum pergi.
Tidak dilupakan perkara wajib sebelum memulakan perjalanan seperti ujian calitan serta pematuhan SOP yang disarankan pihak kerajaan. Bercuti, bercuti juga tetapi tetap kena berjaga-jaga ya!