Pening Nak Cari Kerja? MR. DIY Tawarkan Peluang Pekerjaan! – Manis Madu
MR. DIY Tawarkan Peluang Pekerjaan

Pening Nak Cari Kerja? MR. DIY Tawarkan Peluang Pekerjaan!

Hilang sumber pendapatan pada tempoh PKP yang lalu? Jangan risau, MR. DIY sedia membantu semua.

 

Madu tahu memang ramai orang yang sedang cari tempat pekerjaan yang baru selepas tempoh PKP telah tamat. Mana taknya, ada yang hilang kerja dan ada yang nak cari pendapatan sampingan untuk sara diri atau keluarga.

Tapi tidak mengapa, MR. DIY sedang mencari lebih 1,000 pekerja baru untuk berkerja di 600 cawangan kedai di seluruh Malaysia!

Mr DIY Career

Jawatan yang Ditawarkan

Menurut laman Facebook MR. DIY, antara jawatan yang ditawarkan ialah seperti berikut:

 

  1. Penyelia
  2. Penganjur/ Promoter
  3. Juruwang

 

Bukan itu sahaja, mereka juga akan berikan gaji pokok bermula daripada RM1200, bersesuaian dengan jawatan yang telah diberikan.

Faedah yang Diberikan

Walaupun MR. DIY sedang merekrut ramai orang dalam satu masa, mereka akan tetap menjaga hak pekerja dengan memberikan faedah yang boleh terbaik. Barulah seronok bekerja, betul tak Maduners? Antara faedah yang akan disediakan:

 

  1. Elaun Perubatan
  2. Diskaun Kakitangan
  3. Kenaikan Gaji dari semasa ke semasa
  4. Bonus
  5. Company Trip

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang perlu Maduners tahu sebelum memohon jawatan di MR, DIY ialah pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

 

Seterusnya, untuk yang berkeinginan untuk menjadi juruwang atau promoter perlulah sekurang-kurangnya memegang sijil SPM dan kepada yang berhajat untuk menjadi penyelia pula perlu yang berkelulusan diploma atau ijazah dalam bidang apa-apa pun.

 

Mr. DIY juga mengalu-alukan orang berkelainan upaya (OKU) untuk memohon pekerjaan di syarikat mereka.

MrDIY Career Page_20200612

Cara Memohon

Kalau ada Maduners yang bercadang untuk memohon pekerjaan di MR. DIY, boleh layari laman sesawang MR. DIY https://www.mrdiy.com/career.

 

Kepada yang ingin tahu maklumat lanjut berkenaan hal ini juga boleh melawati Facebook, Instagram dan LinkedIn MR. DIY.

 

Selamat mencuba!

Post a Comment