Penolong Pegawai Perubatan Kongsi Kisah HIV, Dikecam Hingga Tutup Akaun Tiktok
Gara-gara berkongsi kisah pesakitnya yang menghidap HIV di laman TikTok, seorang penolong pegawai perubatan menerima kecaman orang ramai sehingga memaksa dia menutup akaun TikTok.
Terdahulu, tular sebuah video penolong pegawai perubatan dikenali sebagai Mohd. Izham, didakwa berkongsi tentang seorang pesakit yang telah positif HIV disebabkan melakukan seks bebas dengan ramai wanita.
Menerusi perkongsian video oleh @ardnie di Twitter, dia menyarankan supaya orang ramai yang hendak membuat ujian HIV mengelakkan untuk berjumpa seperti pegawai berkenaan.
Dia ni Penolong Pegawai Perubatan.
Kalau ada sesiapa nak buat test HIV atau STD, elakkan la jumpa orang macam ni. Makin stress nanti.
Tak perlu la nak terus judge & jatuhkan hukum walau jelas apa yg pesakit dia buat tu, salah. pic.twitter.com/WHfoQGU0NL
— Indra (@ardnie) September 28, 2021
“Dia ini penolong pegawai perubatan, kalau ada sesiapa nak buat test HIV atau STD, elakkan berjumpa orang macam ini. Makin stress nanti, tak perlu nak terus jatuhkan hukuman walau jelas apa yang pesakit dia buat itu, salah,” katanya.
Ciapan yang dibuat lelaki itu telah menarik perhatian Majlis AIDS Malaysia yang turut menyelar tindakan Mohd.Izham kerana menyebarkan maklumat tidak tepat dan menambahkan diskriminasi terhadap individu penghidap HIV.
Sebuah video TikTok yang telah dirakamkan oleh seorang pekerja kesihatan (Health Care Worker) di utara Malaysia telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan menambahkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.
1/4 pic.twitter.com/i6lg2Sx0JL
— Malaysian AIDS Council (@myAIDScouncil) September 29, 2021
“Pekerja Kesihatan seharusnya memberikan rawatan tanpa sebarang stigma dan diskriminasi di fasiliti kesihatan. Majlis AIDS Malaysia berharap semua yang bekerja dalam bidang kesihatan memastikan maklumat dan cara penyampaian berkenaan HIV dilakukan dengan betul.
“Harus memastikan maklumat dan cara penyampaian berkenaan HIV dilakukan dengan betul dan selari dengan wawasan KKM dan Pelan Strategik Nasional ‘Ending AIDS 2030’ Malaysia untuk mengakhiri stigma dan diskriminasi terhadap HIV,” katanya semalam.
Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai telah mempersoal tindakan pegawai perubatan berkenaan yang bertindak menceritakan masalah kesihatan pesakit kepada umum.