Penting! Penting! Penting! Kenapa Carseat itu Penting? – Manis Madu

Penting! Penting! Penting! Kenapa Carseat itu Penting?

Designed by rawpixel.com / Freepik

 

Statistik menunjukkan yang kemalangan kenderaan adalah penyebab utama kematian dan kecederaan kepada kanak kanak di seluruh dunia walaupun telah memakai tali pinggang.

 

Madu rasa perkara ini sangat bahaya dan baru baru ini kerajaan telah mewajibkan child car seat (kerusi keselamatan kanak kanak) untuk kanak kanak bermula tahun ini. Jadi mari kita lihat kenapa child car seat ini amat penting.

Keselamatan Bayi dan Kanak-kanak

#ChildInjuriesDeathCount2020.Kes ke-14 di Malaysia. Seorang (lagi) kanak-kanak tercampak keluar dari kereta. Dalam kes…

Dikirim oleh Child Passenger Safety Malaysia pada Minggu, 16 Februari 2020

 

Sudah tentu tujuan utama mempunyai child car seat ini kerana keselamatan anak kita lebih terjamin berbanding hanya memakai tali pinggang.

 

Menggunakan child car seat mengurangkan risiko kecederaan daripada 71% kepada 82% berbanding hanya menggunakan tali pinggang.

Meningkatkan Keselesaan Bayi dan Kanak-Kanak

Image by PublicDomainPictures from Pixabay

 

Penggunaan child car seat akan membantu menggurangkan gegaran di dalam kenderaan dan menjadi lebih selesa untuk kanak kanak dan bayi terlelap tidur

Fokus Kepada Pemanduan

Child car seat membantu bagi ibu bapa yang terpaksa memandu kenderaan seorang diri.

 

Bayi atau kanak-kanak memerlukan pengawasan oleh ibu bapa. Maka, bayi yang diletakkan dalam child car seat akan membantu ibu bapa yang perlu memandu seorang diri.

Menjadi Teladan dan Pengaruh Kepada Kanak-kanak

Setiap kali ibu bapa menggunakan child car seat kepada anak mereka, perkara tersebut akan menjadi teladan kepada anak-anak.

 

Kanak kanak yang terpengaruh dengan teladan ibu bapa mereka akan tahu kepentingan tali pinggang dan child car seat.

Undang-undang

Kerajaan telah mengubal undang-undang dengan mewajibkan penggunaan child car seat bagi setiap kenderaan pada tahun 2020.

Tips Ringkas Pemilihan Child Car Seat

1. Mematuhi piawaian yang ditetapkan.

2. Sesuai dengan saiz dan berat anak anda.

3. Boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

4. Dipasang mengikut arahan pengeluar dan selamat.

Sumber Gambar: Paultan.org

Post a Comment