Penyanyi Lagu “Bobo Di Mana” Lucinta Luna Hamil? – Manis Madu
Penyanyi Lagu “Bobo Di Mana” Lucinta Luna Hamil

Penyanyi Lagu “Bobo Di Mana” Lucinta Luna Hamil?

Terkejut dan menggemparkan apabila media sosial hari ini kecoh dengan berita penyanyi dangdut Lucinta Luna yang mengaku dirinya sedang hamil selepas ujian kehamilan yang dibuat menunjukkan bacaan positif.

 

Lucinta Luna yang pernah terkenal dengan lagu Bobo Di Mana yang dinyanyikan bersama Datuk Aliff Syukri itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya ramai pihak berikutan pengakuannya yang kini berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTALUNA (@lucintaluna_manjalita)

Isu tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor yang memberi tahu bahawa ujian kehamilan boleh dikesan pada lelaki.

 

Menerusi penjelasan seorang doktor di tiktok itu, dia memberitahu bahawa test pack positif yang dibuat itu ada hubungan dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta –HCG juga boleh dikesan pada lelaki yang mengalami beberapa penyakit. Salah satunya adalah kanser testis.

 

Bagaimanapun, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhamad Fattah ini mendakwa dirinya sudah lewat datang bulan dan kerap muntah-muntah sebelum dia membuat ujian kehamilan.

Post a Comment