Penyanyi Rock Jepun, Gackt memberi pujian tinggi untuk Malaysia semasa MCO – Manis Madu

Penyanyi Rock Jepun, Gackt memberi pujian tinggi untuk Malaysia semasa MCO

Maduners kenal tak penyanyi rock Jepun, Gackt? Beliau sangat popular dengan lagu rocknya di Jepun. Madu suka dengan lagunya terutama sekali bila dia menyanyi untuk OST Anime!! Hehehe

 

Untuk pengetahuan Maduners, penyanyi legenda ni sedang menetap di Malaysia. Katanya Malaysia ni seperti rumah keduanya selepas Jepun. Sehingga lah sekarang beliau masih berada di Malaysia walaupun MCO masih lagi berjalan.

Berdasarkan interview bersama Chokugeki! Shinsou Sakagami programme di Fuji TV Khamis lepas, Gackt menyatakan bahawa situasi di Jepun lebih teruk berbanding Malaysia.

 

Gackt memberi pujian yang tinggi kepada Malaysia untuk tindakan yang tegas dan pantas yang telah kerajaan Malaysia ketatkan untuk penyebaran Covid-19 ini.

via Giphy

Beliau juga berkata sesiapa yang hendak pergi ke hospital ataupun membeli barang, hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar. Bukan itu sahaja, jika nak masuk farmasi atau pasar raya, hanya berapa orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Jika Jepun tidak mengambil langkah dengan segera, kemungkinan besar Jepun akan menjadi lebih teruk keadannya seperti Amerika dan Itali kata beliau.

 

Penyanyi ini juga mengharap agar Jepun boleh mengambil tindakan yang sama seperti Malaysia.

 

Memang terbaik betul penyanyi legenda, Gackt! Mari sama sama doakan agar seluruh dunia bebas Covid-19!

Post a Comment