Perbezaan Antara Produk Drugstore Dan Produk Tempatan, Yakin Produk Drugstore 100% Terjamin Selamat? – Manis Madu
Beza Produk Drugstore & Tempatan

Perbezaan Antara Produk Drugstore Dan Produk Tempatan, Yakin Produk Drugstore 100% Terjamin Selamat?

Zaman serba moden sekarang, seiring dengan semua orang nak jadi cantik, menawan, jelita, maka wujudlah lambakan produk kecantikan di mana-mana.

produk kecantikan

Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja di Malaysia terdapat begitu banyak produk kecantikan dijual samada di drugstore atau atas talian. Kebanyakan produk yang dijual atas talian lebih sinonim dengan produk tempatan.

 

Betul ke semua produk tempatan tak bagus dan yakin ke produk di drugstore 100% terjamin? Haa, jom kita tengok perbezaan antara produk drugstore dengan produk tempatan.

#1 Jaminan Keselamatan

drugstore

Dari segi keselamatan, produk-produk yang berada di drugstore lebih terjamin keselamatannya berbanding produk tempatan yang tidak semuanya selamat. Semestinya produk yang berada di drugstore dah menepati piawaian yang ditetapkan oleh KKM dan sebagainya.

#2 Jenis Bahan Digunakan

Beli skincare di drugstore, korang akan dapat tahu bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut berbanding produk yang dijual atas talian yang tidak dapat dipastikan bahan-bahan yang diguna. Ini kerana, tak semua bahan yang ada dalam produk tempatan akan dijelaskan secara terperinci.

#3 Bebas Bahan Terlarang

 

Untuk pengetahuan korang, syarat yang ketat akan dikenakan bagi mana-mana produk untuk masuk dalam drugstore. Produk daripada bahan terlarang memang automatik tidak akan diterima!

 

Sedangkan terlalu banyak produk kecantikan yang dijual atas talian mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri, hydroquinone dan lain-lain bahan terlarang. Lebih mengecewakan, banyak penjual yang tidak bertanggung jawab menjual produk tersebut tanpa rasa bersalah!

#4 RnD produk

RnD produk

Produk-produk yang masuk dalam drugstore adalah produk di bawah syarikat yang besar dan sudah kukuh maka, kebanyakannya produk yang dikeluarkan telah melalui proses RnD (research and development).

 

Lebih banyak kajian yang dibuat tentang sesuatu produk, mestilah hasilnya lebih bagus kan? Produk tempatan Madu memang ada yang melalui proses RnD juga tetapi tidak terlalu lama.

 

Madu tak cakap semua produk di drugstore 100% bagus dan tak juga pukul rata yang produk tempatan semua tak bagus. Ada juga produk tempatan yang menggunakan bahan berkualiti dan terbukti berkesan dan selamat.

Apa yang penting, sebagai pengguna korang kena ada ilmu dalam pemilihan produk kecantikan. Buat research dan study terlebih dahulu tentang kandungan dalam sesuatu produk sebelum menggunakannya.

Post a Comment