Pereka Fesyen Terbaik Antarabangsa – Manis Madu
Pereka Fesyen Terbaik Antarabangsa

Pereka Fesyen Terbaik Antarabangsa

Maduners yang sukakan jenama fesyen high-end mesti kenal dengan jenama seperti Chanel, Versace dan Balenciaga.

 

Setiap jenama tersebut wujud pereka fesyen yang amazing dan sangatlah kreatif. Jadi Madu dah senarai 10 pereka fesyen terbaik antarabangsa!

1. Oscar de la Renta

Oscar de la Renta

Sumber Gambar: elle.com

Seorang pereka fesyen yang hebat! Oscar de la Renta telah dilatih sendiri oleh pereka fesyen tersohor seperti Cristóbal Balenciaga dan Antonio del Castillo.

 

Óscar Arístides Renta Fiallo yang memulakan jenamakan iaitu Oscar de la Renta berfokuskan kepada rekaan moden dan feminin!

 

Mengikut sumber Valuewalk.com, jenama Oscar de la Renta terletak di tangga pertama pada tahun 2019 sebagai jenama yang paling mahal di seluruh dunia!

2. Coco Chanel

Coco Chanel

Sumber Gambar: townandcountrymag.com

Coco Chanel terkenal dengan minyak wangi seperti Chanel No.5 dan mempopularkan fesyen gaun hitam pada era kegemilangannya.

 

Nama sebenarnya iaitu Gabrielle Bonheur “Coco” Chanel merupakan seorang pereka fesyen dan juga ahli perniagaan yang berasal dari Perancis.

 

Tetapi Maduners mesti lebih kenal Coco sebagai pengasas kepada jenama yang rekaannya menjadi kegilaan sehingga kini iaitu Chanel.

 

Pada awal 1900-an, rekaan pakaian Chanel dianggap lebih sporty berbanding jenama fesyen lain pada masa itu. Chanel juga terkenal dengan minyak wangi iconic sepanjang zaman seperti Chanel No. 5!

3. Giorgio Armani

Giorgio-Armani

Sumber Gambar: aeworld.com

Berasal daripada Itali, pereka fesyen, Giorgio Armani terkenal dengan rekaan sut lelaki dan wanita yang trendy dan sleek. Giorgio Armani diiktiraf sebagai pereka fesyen pertama untuk gaya di red carpet.

 

Selepas melancarkan jenamanya sendiri pada tahun 1975 iaitu Armani, Giorgio telah mereka pakaian hebat untuk selebriti seperti Lady Gaga dan mereka custome untuk karakter Bruce Wayne dalam filem Batman The Dark Night pada tahun 2008.

4. Hubert de Givenchy

Hubert de Givenchy

Sumber Gambar: wwd.com

Pereka fesyen kesukaan pelakon terkenal, Audrey Hepburn iaitu Hubert de Givenchy!

 

Pengasas kepada jenama Givenchy iaitu Hubert de Givenchy menyatakan beliau suka mereka pakaian yang feminine dan menyerlahkan ciri-ciri kelembutan apabila wanita menggayakan rekaan beliau.

5. Cristóbal Balenciaga

Cristobal Balenciaga (1895-1972), couturier espagnol. 1927.

Sumber Gambar: catwalkyourself.com

Omg! Siapa saja tak kenal dengan jenama Balenciaga!

 

Cristóbal Balenciaga adalah pereka fesyen yang berfokuskan kepada evening wear. Tapi nowadays jenama Balenciaga lebih kepada rekaan fesyen streetwear mengikut aliran semasa.

 

Kalau Maduners nak tahu, pereka fesyen Cristóbal Balenciaga tidak pernah dilatih secara formal tetapi dianggap sebagai antara pereka fesyen hebat dan berpengaruh dalam sejarah.

6. Donatella Versace

Donatella Versace

Sumber Gambar: scmp.com

Versace! Versace! Versace!

 

Donatella Versace meneruskan legasi abangnya, Gianni Versace dengan label Versace dianggap sebagai jenama yang membawa industri fesyen ke dalam budaya pop menerusi koleksi yang dipakai oleh superstar dan model.

 

Jenama Versace terkenal kerana telah membantu menaikkan status selebriti seperti Cindy Crawford, Linda Evangelista dan supermodel terkenal Naomi Campbell.

7. Karl Lagerfeld

Karl Lagerfeld

Sumber Gambar: harpersbazaar.com

Karl Lagerfeld diiktiraf sebagai salah satu pereka fesyen paling berpengaruh dalam sejarah dengan mencipta rekaan yang dianggap trendy, sexy & futuristic untuk jenama seperti Chanel dan Fendi.

 

Namanya sebagai seorang pereka fesyen mula meningkat naik apabila berjaya mengangkat jenama Chanel menjadi terkenal di dunia.

 

Karl Lagerfeld juga menjadikan jenama Tommy Hilfiger dan Fendi sebagai jenama yang popular dengan visi kreatifnya yang unik.

8. Tom Ford

Tom Ford

Sumber Gambar: Vogue.com

Sebelum mengasas jenamanya sendiri, Tom Ford telah mengetuai jenama terkenal iaitu Gucci dari tahun 1994 hingga 2004.

 

Tom Ford dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen terbaik setelah dia berjaya menaikkan hasil jualan Gucci daripada $ 230 juta kepada $ 3 bilion. Wow!

 

Ford berjaya meningkatkan jualan Gucci setelah dia merombak imej minimalis Gucci dengan menjadikan jenama tersebut lebih retro dan seksi.

9. Marc Jacob

Marc Jacobs

Sumber Gambar: marieclaire.com

Antara nama yang sentiasa disebut sebagai pereka fesyen yang patut digeruni pada masa kini iaitu Marc Jacob! Marc Jacob dikatakan seorang pereka fesyen yang berjaya menakluki dunia fesyen.

 

Sebelum Marc Jacobs memulakan rekaan koleksinya pada tahun 1986 dan secara rasmi mempersembahkan label Marc Jacobs, dia hanya seorang pekerja biasa di Charivari.

 

Kini, nilai kekayaannya dianggarkan sebanyak $100 juta!!!

10. Calvin Klein

calvin-klein

Calvin Klein belajar tentang fesyen di bandar New York dan memulakan jenama label Calvin Klein bersama Barry Schwartz.

 

Calvin Klein bermula dengan rekaan pakaian sut dan kemudian beralih kepada sportwear yang menjadikan jenamanya popular.

 

Calvin juga mereka pakaian seperti denim dan pakaian dalam yang kini popular dengan iklan yang provokatif dan seksi!

Post a Comment