Perempuan Wajib Tahu! Tip Penting Ketika Check In Hotel – Manis Madu
Perempuan Wajib Tahu! Tip Penting Ketika Check In Hotel

Perempuan Wajib Tahu! Tip Penting Ketika Check In Hotel

Bagi kaki travel di luar sana, antara perkara yang perlu dititikberatkan berkaitan keselamatan ketika bercuti ialah semasa check-in ke tempat penginapan. Terutama sekali buat kaum wanita.

helena-lopes-QpjyqYy5R-U-unsplash (1)

Boleh jadi di dalam hotel yang Maduners bakal menginap terdapat alat-alat tersembunyi atas niat tidak baik individu tak bertanggungjawab. Lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga!

 

Melalui perkongsian seorang lelaki di laman TikTok dikenali sebagai @mirzanjohor, dia berkongsi 5 tip ketika check-in ke hotel.

Letak Cawan Pada Tombol Pintu

antonina-bukowska-PpwqEpJ9UaQ-unsplash (1)

Tip yang sangat ringkas tetapi penting dan berguna. Maduners perlu masukkan cawan atau gelas kaca pada tombol pintu utama.

 

Andaikan ada orang cuba masuk ke bilik korang, gelas tersebut akan jatuh dan pecah. Penceroboh akan berfikir 10 kali untuk meneruskan tindakan asal mereka!

Letak Jari Di Cermin

suhyeon-choi-ZUS1xCxoQCA-unsplash (1)

Madu baru tahu tips ini gais! Apa yang perlu Maduners buat adalah letak jari di mana-mana cermin yang ada dan pastikan ada jarak antara biasan jari di cermin (jari tidak bertemu). Kalau jari korang bertemu, itu bukan cermin!

Periksa Celah-Celah Lubang

Pastikan periksa celah-celah lubang kerana ini adalah tempat paling strategik untuk mereka pasang kamera tersembunyi!

Tutup Lampu, Buka Kamera & Pusing Satu Bilik

simon-hrozian-AOF-2vZ-U6c-unsplash (1)

Bahagian ini paling penting! Bila sudah malam, korang tutup lampu, buka kamera di telefon dan tawaf satu bilik. Tujuannya apa? Untuk mencari lampu kelip-kelip berwarna merah. Pastikan lampu itu tak ada ya kerana dikhuatiri ia adalah spy cam!

 

Agak sedih kaum wanita terpaksa melakukan hal atau tip-rip ini bagi memastikan keselamatan diri mereka tidak dicabul. Tetapi pada akhirnya kita harus berhati-hati dan menjaga diri sendiri dan keluarga kerana terdapat individu di luar sana yang mempunyai niat jahat.

 

Buat Maduners yang suka travel, tip seperti amatlah berguna dan wajar diaplikasikan ketika bercuti. Niat jahat orang kita tak tahu, sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga!

@mirzanjohor tips check in hotel! perempuan wajib tengok sampai habis ok! #hotel #hoteltips #tips #spycam #fyp #foryou #foryoupage #viral ♬ Title – Meghan Trainor

Post a Comment