Perkara yang Harus Buat Semasa Covid-19 – Manis Madu

Perkara yang Harus Buat Semasa Covid-19

Covid-19 ni semakin lama semakin teruk dibuatnya kepada seluruh dunia dan masih ada lagi Maduners yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jadi Madu akan nyatakan 5 perkara yang harus Maduners buat semasa Covid-19 ni masih merebak.

Duduk di rumah diam-diam

Dari kerajaan sehinggalah ke media sosial, semua dah bagi nasihat duduk kat rumah dan jangan berkumpul buat masa ini. Cuba Maduners fikir tentang masa depan, ada sebab kita diperintah berkurung, jadi Maduners duduk kat rumah je okay.

Elakkan dari membuat majlis

Mengeratkan sillaturrahim memang bagus tapi bagus ke untuk Maduners berkumpul walaupun korang tahu betapa bahayanya Covid-19 ni? Haa jadi berfikirlah dahulu sebelum bertindak.

Jaga kebersihan diri

Kebersihan diri amatlah penting dan harus dijaga sepanjang hari. Jika Maduners tidak menjaga kebersihan diri, kemungkinan besar Maduners boleh dijangkiti. Keep calm and be clean.

Berhenti menyebar berita palsu

Pesanan yang terakhir akan menyatakan kongsi kepada ahli keluarga dan sahabat handai, tapi jangan mudah terpedaya dengan ayat tu. Pastikan Maduners periksa terlebih dahulu maklumat tu sah atau tidak, kalau tak Maduners boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Post a Comment